Buletin

PROTON R3 UNGGULI MSS 2013

Ahad lalu, perlumbaan Malaysian Super Series 2013 Pusingan Kelima (MSS 2013) melabuhkan tirainya. Seperti dijangka, Proton menerusi jentera Proton Satria Neo menggungguli podium apabila dinobatkan sebagai juara. 

slider dlm (2)

Sedia maklum bahawa Proton memang menyerlah dalam banyak perlumbaan di dalam dan luar negara. Kualiti pengendalian, kuasa dan keupayaan Proton Satria Neo yang sesuai dijadikan jentera perlumbaan membuatkan model kompak itu sukar digugat oleh mana-mana pasukan daripada pengeluar kenderaan lain.

Untuk makluman, Proton Satria Neo yang dipandu oleh Shafik Ali sudahpun menjadi juara sejak pusingan keempat lagi. Maka perlumbaan kali ini lebih tertumpu kepada jentera kedua iaitu Proton Preve yang dalam misi merampas tempat kedua.

SONY DSC

Malangnya, impian tersebut berkecai kerana Preve yang dipandu oleh Tengku Djan Ley terlibat dalam kemalangan di awal perlumbaan lagi. Pasukan Proton R3 nyata kecewa. Tetapi, inilah perlumbaan kereta. Kemalangan atau pelanggaran sudah menjadi satu lumrah.

Preve bersaing dalam kelas Touring 1,600cc dan pasukan Proton telah membina sedan tersebut hingga ke spesifikasi yang dibenarkan oleh perlumbaan. Ia memiliki aspek keselamatan sepenuhnya seperti roll cage, tempat duduk, sistem abah-abah pada pemandu, unit pemadam api di dalam kereta dan banyak lagi.

preve

Selepas semua aspek keselamatan dipenuhi, fokus kemudian beralih kepada prestasi enjin Campro dan suspensi. Namun, tidak banyak perkara yang boleh dibuat kerana semua kereta lumba lain menggunakan tayar yang sama. Enjin pula hanya boleh dimodifikasi ke satu tahap tertentu sahaja.

MSS 2013 merupakan musim perlumbaan penuh yang pertama buat Preve. Jentera itu membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Sepang 1,000 Kilometer (S1K) tahun lalu dan berjaya menduduki tempat kedua.

SONY DSC

Memandangkan Preve terlibat dalam kemalangan, pasukan Proton R3 kini terpaksa memikirkan kembali strateginya. Masih terlalu awal untuk dikongsi, kata Proton R3.

Ditanya mengenai perbezaan di antara Satria Neo dan Preve, pihak Proton R3 memberitahu Satria Neo lebih lincah kerana ia lebih pendek dan ringan. Jadi, tahap pecutannya lebih baik. Sementara Preve pula sangat stabil pada kelajuan tinggi.

satria neo 1

Pasukan Proton R3 kini menumpukan perhatian kepada perlumbaan S1K pada Disember depan. Melibatkan dua buah jentera lumba, S1K pasti bukan satu perlumbaan yang mudah kerana ia bakal berlangsung selama lebih sembilan jam.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button