Motosikal

MOTOSIKAL PROTOTAIP CATERHAM

Caterham Group semalam melancarkan divisyen motosikal pertamanya, Caterham Bikes pada acara International Motorcycle Exhibition (EICMA) di Milan, Itali. 

Caterham Brutus 750

Tiga produk prototaip diperkenalkan. Brutus 750 (menyerupai ‘SUV motosikal’), Classic E-Bike (motosikal elektrik sepenuhnya dengan gaya retro) dan Carbon E-Bike yang merupakan sebuah basikal elektrik premium diinspirasi daripada teknologi F1.

Caterham Carbon e-bike 01

Semua model itu didakwa bakal dilancarkan pada tahun depan sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan Caterham Group menerusi kerjasama pintar. Kewujudan Caterham Bikes dilihat sebagai satu perkembangan biasa selepas Caterham Cars dibeli oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun pada April 2011.

Caterham Classic e-bike 01

Divisyen itu menyertai jabatan-jabatan lain seperti Caterham F1 Team, Caterham Racing (GP2), Caterham Teknologi & Inovasi, Caterham Composites dan terbaharu,  Caterham Moto Racing Team.

Bagi menjayakan misinya, Caterham Bikes telah bekerjasama dengan pengusaha motosikal terbaik di Eropah dan Asia. Divisyen tersebut diketuai oleh Al-Ishsal Ishak selaku Ketua Pegawai Eksekutif.

Ishsal Ishak

Produksi ketiga-tiga produk tersebut dijangka bermula pada musim bunga tahun depan. Bakal ditawarkan pada harga berpatutan, Brutus dibina dahulu sebelum diikuti oleh  Classic E-Bike dan Carbon E-Bike.

Caterham Carbon e-bike

Strategi perniagaan Caterham Bikes adalah untuk memenuhi permintaan global terhadap motosikal pelbagai guna dan mesra alam. Bermula dengan Eropah, Amerika Utara dan Selatan, pasaran penting bagi pertumbuhan motosikal itu adalah di Asia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button