BuletinMotosikal

PROTOTAIP BENELLI “BJ150-31”. ADAKAH INI VERSI NAKED BENELLI RFS150i?

Percaya atau tidak, pasaran motosikal di negara-negara membangun Asia adalah sangat penting buat mana-mana pengeluar sekalipun. Kita telah menyaksikan kerjasama BMW-TVS, BAJAJ-KTM-TRIUMPH, KAWASAKI-KYMCO dan BENELLI yang dibeli oleh firma dari China.

Pada bulan April lalu, Pengedar motosikal Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings telah melancarkan kapcai supermoped RFS150i ke pasaran tempatan. Ia memberi saingan langsung kepada Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R di pasaran.

Dan ini berita terbaru. Motorcycle Magazine mendedahkan foto jelas prototaip satu lagi motosikal yang dipercayai berkuasa 150cc keluaran Benelli.

Model yang dikenali dengan kod nama “‘BJ150-31” ini menampilkan rekaan street/naked sepertimana model TNT150 sebelum ini, namun ia kelihatan lebih agresif dan sporty.BJ150-31 adalah singkatan bagi maksud Benelli – 150cc dan rekaan plot ke 31. Tahun lepas, terdedah model konsep prototaip dengan fairing BJ150-30 yang memberi maksud plot rekaan ke 30.

Persoalan yang mungkin timbul ialah adakah ia akan menjadi versi naked Benelli RFS150i? JIka Honda mempunyai RS150R (kapcai) dan Sonic (street) tidak mustahil Benelli juga bakal memperkenalkan konsep yang hampir sama. (Walaupun Sonic masih menggunakan kerangka jenis diamond)

Sekali imbas, Ia tidak akan jadi sepertimana Honda Sonic-RS150R, ia mungkin lebih kepada perbandingan Yamaha Y15ZR-FZ150i yang menggunakan kerangka berbeza.BJ150-31 menggunakan kerangka twin spar (beam chasis) dan menerusi foto apa yang kelihatan lebih unik ialah kedudukan radiator yang “senget”. Ia juga menandakan mesin baru berbanding TNT150 model semasa yang masih mengekalkan teknologi sejukan udara.

Bahagian hadapannya cenderung ke arah rekaan terbaru lampu berkembar LED KTM. Ia turut menampilkan imej sebuah street bike moden menerusi penggunaan brek cakera hadapan dan belakang, suspensi USD di hadapan dan Mono di belakang.

Rekaan tajam, pelana bertingkat, ekor tirus (pendek dan mudguard terjulur di belakang) merupakan resepi global buat masa ini.

Sementara itu, tunggu dan lihat samada model ini akan masuk kepasaran Malaysia kelak.

 

 

Google ads
Back to top button