Motosikal

BENELLI TNT 550 TEMBUSI PASARAN GLOBAL TAHUN 2026 – 56HP, 54NM

Jenama motosikal Itali,Benelli yang juga anak syarikat keoada QJMotor, bakal memulakan tahun 2026 dengan ketibaan Benelli TNT 550 serba baharu. 

Benelli meletakkan harapan tinggi pada Tornado Naked Twin (TNT) 550 itu ekoran reka bentuk yang dinamik termasuk lampu berbentuk ’T’ yang unik menandakan identiti baharu bagi motosikal naked dari Pesaro, Itali tiu. 

Sementara itu, menggerakan TNT 550 ini adalah enjin dua silinder (parallel-twin) bersesaran 554cc yang berupaya menjana 56hp dan 54Nm. 

Pakej ditawarkan pada TNT 550 ini juga serba lengkap termasuk sistem kawalan yang canggih yang merangkumi dua mod menunggang, traction control (boleh padam), dan ABS dwi-saluran. 

Bahagian casis pula terdiri dari kerangka jenis trellis dan dipadankan bersama fork USD boleh laras serta brek berkembar jenis radial yang dibekalkan Brembo. 

Turut melengkapkan pakej TNT 550 ini adalah skrin TFT 5-inci berwarna dengan sistem navigasi terbina dan sambungan Bluetooth/Wi-Fi. 

Google ads
Back to top button