
BENELLI TRK 602 X LANCAR DI MALAYSIA MEI INI – 56HP, 54NM
Pasaran motosikal tempatan bakal dimeriahkan dengan kemunculan motosikal adventure baharu menerusi Benelli TRK 602 X.
Kami difahamkan, MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama Benelli di Malaysia akan memperkenalkan TRK 602 X ketika di Malaysia Bike Show 2026.
Pelancaran model itu sekaligus menyaksikan motosikal Benelli kembali memeriahkan segmen adventure kelas pertengahan yang sebelum ini popular dengan model TRK 502.

Rupa keseluruhan TRK 602 X ini meneruskan kesinambungan rekaan dari TRK 702 X dan TRK 902 X. Rupa bentuk lebih jelas dan tidak lagi bersegi.
Ketinggian tempat duduk kini 10mm lebih rendah dengan 825mm berbanding 835mm pada TRK 502 X. Penuruan tersebut dilakukan agar TRK 602 X ini dapat diakses dengan lebih mudah.
Perubahan terbesar adalah di bahagian enjin dengan TRK 602 X bernadikan unit dua silinder (parallel-twin) 554cc dengan 270-degree crank sekaligus menghasilkan karakter seakan enjin V-Twin.

Benelli mendakwa platform baharu yang dipinjamkan dari Benelli Tornado 550 ini menawarkan 56hp pada 8,250rpm dan 54Nm pada 5,500rpm. Sekadar perbandingan, TRK 502 X menghasilkan 47hp dan 46Nm. Menariknya, Benelli turut mereka semula sistem ekzos dan kotak udara bagi mempertingkatkan respon throttle dan tork.
Untuk makluman, TRK 602 X ini masih mengekalkan kerangka steel trellis namun bahagian depan dipertingkat dengan aluminium tubular. Kerangka belaakng pula lebih ringan dan ergonomik.

Suspensi pula menempatkan fork depan jenis USD berukuran 43mm dengan jarak gerak 140mm manakala bahagian belakang menawarkan monoshock boleh laras dengan jarak gerak 173mm. Bahagian belakang turut memuatkan swingarm aluminium.
Pakej brek merangkumi brek radial dari Brembo (berkembar) dan dipadankan dengan cakera 320mm depan dan 260mm belakang. Masing-masing dikawal selia dengan sistem ABS yang boleh dipadamkan.
Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- rim 19-inci depan, 17-inci belakang
- skrin TFT 5-inci dengan sistem navigasi
- dua mod menunggang (Normal dan Sport)
- TCS (boleh padam)
- ABS (boleh padam)
- slot USB
GALERI: BENELLI TRK 602 X

















