Motosikal

PROTOTAIP KTM 390 ADVENTURE DIKESAN DI EROPAH, LANCAR 2025

Ketika KTM memperkenalkan generasi terbaru KTM 390 Duke, kami sudah pun menjangka bahawa pelancaran model itu akan disusuli degan 390 Adventure baharu. 

Jangkaan kami tepat kerana beberapa ‘spy shot’ telah menunjukkan KTM sedang giat menguji sebuah model baru yang didakwa sebagai 390 Adventure baharu. 

Seperti sebelum ini, prototaip 390 Adventure ini turut berkongsi platform baharu yangsama dengan 390 Duke. Enjin baharu tersebut diberi nama LC4c. Untuk rekod, “LC” merujuk kepada “liquid-cooled” manakala angka “4” merujuk kepada jumlah ‘valve’ (injap) yang ada sementara huruf “c” pula mewakili ‘compact’ atau enjinn satu silinder.

Meskipun nama 390 masih dikekalkan namun platform terbaru ini bersesaran 399cc berbanding 373cc seperti sebelum ini. KTM melakukannya dengan meningkatkan ‘stroke’ dari 60mm kepada 64mm. 

Hasilnya, enjin LC4c baharu ini menawarkan 44hp dan 39.3Nm. 

Selain enjin, turut dipinjamkan dari 390 Duke adalah bahagian kerangka yang telah dipertingkat agar lebih kukuh dan ringan.

Namun, kami tertarik dengan kelengkapan ditawarkan kerana jelas menampakkann penggunaann rim 21-inci jenis ‘spoked’ berbanding 19-inci aloi pada model 390 Adventure sedia ada. Seperti biasa, suspensi adalah jenama WP.

Reka bentuk keseluruhan juga berbeza terutamanya penggunaan lampu yang lebih terdedah seperti 990 Duke dan 1390 Super Duke R EVO. Selain itu turut kelihatan penghadang angin tinggi yang diilhamkan dari KTM 450 Rally yang beraksi di rali Dakar. 

Google ads
Back to top button