
PT TDI JALIN KERJASAMA DENGAN ATRONIQ BERHAD – SASAR PENGELUARAN 10,000 UNIT MOTOSIKAL ELEKTRIK SETAHUN
PT Terang Dunia Internusa (TDI) dari Indonesia baru-baru ini menjalin kerjasama dengan Atroniq Berhad untuk memasarkan United e-Motor alert serta membina kilang di Malaysia.
“Kapasiti pengeluaran ialah 10,000 unit setahun pada mulanya, ini masih boleh ditingkatkan untuk model TX1800 dan TX3000,” kata Pengarah Utama PT TDI, Henry Mulyadi.
Tambahnya lagi, pelaburan yang dibuat oleh Atroniq Berhard mencecah RM10 juta dan kemudahan kilang itu hanya untuk keperluan pasaran domestik Malaysia. Sementara itu, keperluan eksport kekal dari Indonesia.

“Di Malaysia, populasi motosikal elektrik tidak melebihi 20 ribu bagi jumlah pasaran motosikal melebihi 100 ribu.
“Selain itu, hanya terdapat lima pemain motosikal elektrik di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Kewangan Atroniq Berhad, Marcus Chin.
Tambahan pula, Henry menganggap kerjasama ini amat baik untuk imej industri motosikal elektrik domestik di mata dunia.
“Peluasan United E-Motor ke Malaysia boleh memberi impak positif kerana industri kenderaan elektrik domestik mempunyai potensi besar untuk dibangunkan di luar negara.
“Produk motosikal elektrik Indonesia diharap dapat dinikmati oleh masyarakat luas dan kualitinya dapat diiktiraf dengan baik,” katanya lagi.
- BACA: TAK BAYAR CENDOL, SEKUMPULAN PENUNGGANG MOTOSIKAL KEJAR KERETA DI MRR2
- BACA: SMART BALAKONG DAN SMART IPOH SEDIA SESI PANDU UJI SMART #1 HUJUNG MINGGU INI
- BACA: DUCATI DIAVEL V4 RASMI DILANCARKAN, JANA 168HP, HARGA BERMULA RM178K
- BACA: DUCATI PANIGALE V4 SP2 TIBA DI MALAYSIA – JANA 215.5HP, HARGA BERMULA RM299K


