
11 KONSESI LEBUH RAYA LAKSANA SPT HARI INI – SENANG BOLEH GUNA KAD DEBIT, KREDIT
Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) melibatkan 11 syarikat konsesi lebuh raya mula dibuka secara rasmi hari ini.
Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), pelaksanaan itu melibatkan pengguna kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) boleh membuat bayaran tol secara SPT di 11 lebuh raya terpilih.
Untuk rekod, lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa ujian rintis awam secara berperingkat di lebuh raya terpilih mulai 3 Ogos lalu bagi menguji fungsi dan keberkesanan sistem.

Lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).
Selain itu, ia turut melibatkan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuh Raya Kuala Lumpur Putrajaya (MEX), Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE) serta Lebuh Raya Kulim Butterworth (BKE).
Sementara itu, pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) pula dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini bagi membolehkan penelitian dan perincian lanjut dibuat oleh syarikat konsesi demi kemudahan pengguna lebuh raya.
Tambah kenyataan itu, SPT merupakan inisiatif KKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol.
Jelasnya lagi, pihaknya menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mengaktifkan ‘contactless payment’ bagi kad debit,kad kredit,kad prabayar yang akan digunakan.
Maklumat penting, pengguna perlu memilih lorong yang betul, mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard pada papan tanda lorong. – KOSMO! ONLINE
- BACA: TAK BAYAR CENDOL, SEKUMPULAN PENUNGGANG MOTOSIKAL KEJAR KERETA DI MRR2
- BACA: SMART BALAKONG DAN SMART IPOH SEDIA SESI PANDU UJI SMART #1 HUJUNG MINGGU INI
- BACA: HONDA SUSTAINA-C – HONDA CITY KONSEP DENGAN HONDA POCKET SEKALI!
- BACA: TOYOTA GAZOO RACING FESTIVAL DAN GR VIOS CHALLENGE KEMBALI UNTUK MUSIM KE-6 – TAWAR HADIAH LEBIH SETENGAH JUTA, BANYAK AKTIVITI MENARIK





