SMART BALAKONG DAN SMART IPOH SEDIA SESI PANDU UJI SMART #1 HUJUNG MINGGU INI
smart Balakong (Hap Seng) dan smart Ipoh (GB Auto) kini menawarkan peluang ekslusif untuk memandu uji smart #1.
Berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober 2023, anda boleh menikmati sendiri pengalaman memandu kenderaan premium ini.
Untuk rekod, smart #1 didatangkan dalam tiga varian; Pro, Premium dan Brabus, ia bakal diberi tanda harga sekitar dari RM200,000 hingga RM250,000.
Selain itu, 501 pelanggan pra-pesanan pertama berpeluang untuk menerima manfaat #1 Early-Bird eksklusif dalam bentuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui aplikasi Hello smart.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengedar rasmi smart atau muat turun aplikasi Hello smart daripada Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk menempah atau memperibadikan smart #1 impian anda.
Sila layari https://my.smart.com/#/ atau daftar menerusi https://my.smart.com/#/reserveMySeat .
- BACA: TEMPAHAN SMART #1 KINI DIBUKA – TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM200K HINGGA RM250K
- BACA: TEKNOLOGI, PLATFORM SMART #1 TAWAR MOBILITI URBAN PREMIUM
- BACA: RUANG DALAMAN SMART #1 TAMPIL ELEGAN, TAWAR MOBILITI URBAN PREMIUM
- BACA: REBIU RINGKAS SMART #1: MAMPUKAH TARIK MINAT PEMBELI EV MEWAH DI MALAYSIA?