BuletinMotosikal

PULIH DARI KEMALANGAN BASIKAL, HAFIZH TAK SABAR BERENTAP DI MOTOGP JEREZ

Pada Isnin lalu, Hafizh Syahrin terlibat dalam satu kemalangan kecil sewaktu sedang dalam latihan kecergasan berbasikal. Beliau dikatakan terjatuh ketika dalam kelajuan 60km/j.

Beliau mengalami kecederaan kecil, luka di badan namun khabarnya sudah pulih bagi meneruskan saingan MotoGP pusingan keempat di litar Jerez Sepanyol hujung minggu ini.

BACA: HAFIZH KECUNDANG DI TEXAS

“Saya tidak sabar untuk beraksi pada perlumbaan seterusnya di Jerez . Keadaan fizikal saya lebih baik dan pada masa yang sama saya mempelajari apa yang saya perlukan untuk beraksi bersama jentera MotoGP.

“Selepas kekecewaan di Texas, saya Kembali positif dan banyak melakukan latihan sebagai persediaan untuk perlumbaan yang seterusnya. Semalam saya terlibat dengan kemalangan sewaktu latihan berbasikal bersama rakan sepasukan.

“Saya akan cuba untuk keringkan luka saya secepat mungkin agar selesa ketika saya berlumba. Saya akan cuba mengelak dari mengulangi kesilapan yang saya lakukan di pusingan pemanas badan sewaktu Amerika GP dan saya berharap saya dapat menamatkan perlumbaan sekaligus mengutip mata berharga sekali lagi di Jerez. “

Rakyat Malaysia juga marilah sama-sama kita berdoa agar Hafizh cemerlang dan dapat mengutip mata di Sepanyol. 

kredit foto Facebook rasmi Hafizh Syahrin

Google ads
Back to top button