Buletin

TRANSFORMERS SEBENAR DARI JEPUN!

Pada 2014, syarikat ini pernah membina sebuah robot Transforfers, namun ia bersaiz kecil. Cuma setinggi 1.3 meter yang dinamakan J-Deite Quarter. Tapi kira bangga jugalah sebab ia hampir berfungsi sepenuhnya.

Baru-baru ini, syarikat yang sama, Brave Robotics telah memuatnaik video pendek sebuah lagi Autobot. Tapi yang ini siap dengan demo dari sebuah kereta yang memang boleh berfungsi sebagai sebuah kereta.

BACA: INI REAL PUNYA TRANSFORMERS!

Ia dinamakan J-Deite Ride. Bila ditransformasi sebagai robot, ketinggiannya ialah 13 kaki. J-Deite Ride bertukar dari kereta kepada robot menggunakan kuasa bateri.

Waktu bertukar juga, anda boleh lihat demonstrasi yang dijalankan. Manusia boleh duduk dalam kerusi kereta tersebut.

Adakah ini kejuruteraan masa hadapan?

Rasanya tidak.

Perlahan sangat, kalau kena serang dengan penjahat, tak sempat bertukar jadi robot dah lerai kena terajang.

Google ads
Back to top button