BuletinMotosikal

MOTOGP AMERIKA 2018: MARQUEZ CEMERLANG, HAFIZH SYAHRIN KECUNDANG

Juara bertahan dunia MotoGP, Marc Marquez mengesahkan kejituan prestasi beliau apabila menang seperti yang dijangka dalam kejuaraan MotoGP Amerika yang berlangsug awal pagi tadi.

Marquez seperti tidak terkalah di litar ini dari sejak pusingan latihan bebas lagi. Dengan catatan 41’52.002 Beliau bukan sahaja memenangi podium menambah mata tetapi turut merekodkan kemenangan Ke enam berturut-turut di litar ini. 

Marquez mendahului perlumbaan sejak dari pusingan pertama lagi dan langsung tidak digugat dan sebenarnya, beliau telah pun didenda turun tiga petak kedudukan sebelum perlumbaan bermula. 

Perlumba Yamaha Maverick Vinales pula menduduki podium kedua dengan catatan masa 41’55.562 sementara itu pelumba Suzuki, Andrea Inonne menduduki tempat ketiga.

Pelumba harapan negara, Hafizh Syahrin bagaimanapun bernasib malang kerana gagal menamatkan perlumbaan kerana terlibat dalam kemalangan.

BACA: MOTOGP ARGENTINA: HAFIZH DI TEMPAT KE-9!

“Saya sebenarnya rasa cukup yakin dan bersedia pada perlumbaan ni. Tapi mungkin saya guna brek terlalu kuat,” komen Hafizh

Pada sesi “warm-up” sebelum perlumbaan bermula, Hafizh Syahrin terbabas di selekoh namun tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau kembali ke pit dan melakukan talaan semula motosikal.

“Selepas kemalangan sebelah pagi tadi, kami melaras semula motor sepertimana keadaan waktu Latihan Bebas. Tapi saya rasa prestasi motor agak “lembut”. 

“Sayang betul rasanya langsung tak pungut mata. Mungkin salah sendiri. Saya terlalu memaksa sehingga hilang cengkaman bahagian depan sebab nak kejar Ducati yang sangat laju pada jalan lurus,” ujar Hafizh.

Sebenarnya, Hafizh agak konsisten dalam perlumbaan pagi tadi. Beliau yang bermula pada petak ke 16, secara berperingkat mendaki ke kedudukan ke-11. 

Google ads
Back to top button