
TOYOTA VIOS FACELIFT 2020. TOYOTA SAFETY SENSE, 2 WARNA BAHARU, 360-T PLUS, ANGGARAN BERMULA RM75K
Aspek keselamatan dan penggayaan merupakan dua perkara penting yang diberi perhatian pada Toyota Vios facelift. Penambaikan itu menjadikan sedan popular itu kini lebih atletik dan dinamik.
Vios 2020 dilengkapi dengan bampar, gril baharu, aerokit yang datang sekali dengan lip depan serta lampu utama LED dengan triple bezel serta lampu nyalaan siang (DRL).
Lampu utama itu juga hadir dengan fungsi follow-me-home yang ditawarkan pada semua varian J, E dan G.
Selali pandang, wajah Vios kini mirip model-model lain seperti Corolla, Camry dan Yaris.Â

Pertama kali dilancarkan pada Januari 2019, generasi terbaharu Vios yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter menjadi sedan entry level pilihan. Ini kerana menawarkan aspek keselamatan, ketahanan, praktikaliti dan nilai terbaik.
Ia menjadi model pertama dalam segmennya yang dianugerahkan penarafan lima-bintang ujian ASEAN NCAP. Lebih menarik, sedan itu dilengkapi sistem keselamatan Toyota Safety Sense (TSS). TSS terdiri daripada ciri amaran pra-perlanggaran (PCS) serta amaran penukaran lorong (LDA).
PCS diaktifkan bermula dari kelajuan 15 km/j untuk mengurangkan risiko perlanggaran dengan kereta hadapan.
Ia akan memaklumkan pemandu sekiranya sistem mengesan ada kenderaan dalam jarak pelanggaran serta membantu mengurangkan kelajuan sebagai sokongan tambahan kepada pemandu. Ciri LDA pula diaktifkan bermula dari kelajuan 50 km/j.Â

Sistem tersebut berperanan memberi amaran visual pada paparan Multi-Info Display dan bunyi ‘beep’ sekiranya berlaku penukaran lorong yang tidak diingini. Ia bagaimanapun boleh dinyahaktif oleh pemandu.
Semua ini adalah tambahan kepada ciri-ciri keselamatan sedia ada pada model berkenaan. Ini termasuklah kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), kawalan bantuan mula mendaki (HAC), amaran titik buta dengan amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), sistem brek anti-kunci (ABS), agihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA) dan perakam video digital (DVR) di depan dan belakang.
Vios menjadi satu-satunya kereta dalam segmennya yang dilengkapi tujuh beg udara SRS. Sedan itu juga dipasangkan dengan ciri peninjau pandangan 360-darjah 3D. Sekali gus membolehkan pemandu memerhatikan keadaan sekeliling kereta dengan lebih mudah.Â

Bagi memastikan pemandu menikmati ciri tunjuk arah, ketersambungan dan infotainmen yang terbaik, Vios hadir dengan skrin tujuh-inci dengan sokongan Android Auto & Apple CarPlay.
Sistem telematik kenderaan ada ditawarkan sebagai standard untuk varian G dam E. Ia nyata selari dengan arah tuju Toyota untuk mempertingkatkan aspek ketersambungan di bawah pengalaman jenama 360-T Plus.
Didatangkan dalam dua pilihan warna baru iaitu oren metalik dan putih mutiara, pelanggan juga boleh memilih warna-warna sedia ada seperti biru, merah dan perak metalik.Â

Tempahan Vios facelift secara dalam talian dan di semua bilik pameran Toyota sudah dibuka. Harganya akan diumumkan tidak lama lagi dan dianggarkan bermula sekitar RM75,000 seunit.
Pelanggan boleh menikmati pengecualian cukai jualan bagi kereta pemasangan tempatan yang masih berlangsung ketika ini.Â
Maklumat lanjut tentang model ini, sila layari laman web: https://www.toyota.com.my/vehicles/car/vios
- BACA: KOS SERVIS TOYOTA SUPRA, MAHAL SIKIT DARI VIOS
- BACA: UMW TOYOTA JALIN KERJASAMA DENGAN MAYBANK ISLAMIC. GRADUAN KINI BOLEH BELI VIOS, YARIS ATAU AVANZA
- BACA: PEMBUNUH SENYAP – TOYOTA VIOS KUASA VTEC!
- BACA: TOYOTA VIOS 2019 – SEDAN UNTUK SEMUA
GALERI