Buletin

PUSAT 3S VOLKSWAGEN KOTA BUMI DIBUKA DI SABAH

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Kota Bumi Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan pusat 3S

Volkswagen Kota Bumi. Pusat 3S itu terletak di Inanam, salah sebuah hub automotif di kawasan tersebut. 

Bermatlamat untuk memberi khidmat kepada pemilik kenderaan Volkswagen di Inanam, Menggatal, Lintas, Kolombong, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sepanggar, ia merupakan satu-satunya pengedar sah Volkswagen di Sabah. Sekali gus menjadikan pusat 3S Volkswagen menjadi 18 buah di seluruh negara.

Volkswagen Kota Bumi merupakan pusat sehenti buat para pemilik kenderaan Volkswagen di Sabah kerana ia menyediakan khidmat jualan dan selepas jualan, termasuklah diagnosis, pembaikan serta penyelenggaraan.

Terdiri daripada tiga tingkat, bilik pamerannya mampu mempamerkan dua unit kereta. Manakala kawasan selepas jualan mempunyai empat ruang servis yang dikendalikan oleh tiga orang kakitangan selepas jualan berpengalaman serta boleh menyelenggara sehingga 16 buah kereta sehari.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuklah insurans, tukar beli kenderaan, memperbaharui cukai jalan, pembaikan enjin dan bantuan tepi jalan 24 jam.

Bagi memberi perkhidmatan tambahan, pusat servis itu juga menyediakan servis ambil dan hantar (bergantung kepada permintaan) serta membasuh kereta secara percuma.

Ketua Pengedar Kota Bumi Sdn. Bhd., Carlwin Yee menyatakan bahawa mereka komited untuk memastikan pengalaman pemilikan yang positif dalam kalangan pelanggan Volkswagen di Sabah.

“Kami juga telah berpindah ke lokasi baru yang lebih strategik untuk memenuhi keperluan ini dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan sedia ada kami,” kata Carlwin. 

Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dari jam 8:30am hingga 5:30pm. Ia ditutup pada Ahad.

Google ads
Back to top button