Buletin

PDRM BELUM BELI HONDA CIVIC TYPE-R, BARU NAK PANDU UJI

Sejak semalam, tular foto dua unit Honda Civic Type-R yang dipasang dengan pelekat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru, timbul spekulasi bahawa PDRM akan menukar jentera peronda Helang Lebuh Raya yang sebelum ini menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution X dengan model tersebut.

Tenang semua, PDRM telah mengesahkan bahawa kedua-dua unit itu baru dalam peringkat ujian sebelum keputusan sama ada menggunakan model Civic Type-R sebagai kereta peronda di lebuh raya dibuat.

Kereta berprestasi tinggi itu dipinjamkan oleh Honda Malaysia untuk pandu uji selama tiga hingga enam bulan.

Dalam tempoh tersebut, PDRM akan melakukan penilaian teknikal sama ada ia sesuai atau tidak digunakan oleh pasukan penguatkuasa.

Civic Type-R yang juga dikenali dengan kod FK8R itu dijual secara rasmi oleh Honda Malaysia pada harga RM320,000 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans). Ia hadir bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Jentera yang dikuasakan oleh enjin VTEC turbo bersesaran 2.0 liter itu mampu menjana kuasa 310Nm dan tork 400Nm. Dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Penggunaan kereta berprestasi tinggi oleh pasukan oleh oleh pihak berkuasa kerajaan bukanlah sesuatu yang asing.

Di Jerman misalnya, pasukan polis mereka pernah menggunakan model-model seperti Mercedes-Benz S-Class, BMW M3, Porsche 911 Carrera S TechArt dan banyak lagi.  

Google ads
Back to top button