Buletin

PUSAT 3S VW SRI HARTAMAS DIBUKA!

Volkswagen Malaysia dan FA Wagen Sdn. Bhd. (FA Wagen) mengumumkan pelancaran Pusat 3S Volkswagen Sri Hartamas ke dalam rangkaian pengedaran Volkswagen.

Volkswagen-Sri-Hartamas-3S-Centre-mekanika (2)

Memiliki keluasan lebih 30,670 kaki persegi melibatkan tiga tingkat, Volkswagen Sri Hartamas bersedia untuk memenuhi semua keperluan pemilik kenderaan Volkswagen daripada jualan sehinggalah aspek selepas jualan yang merangkumi servis umum, diagnostik dan pembaikan utama.

Pusat servis ini mempunyai 8 ruang penyelenggaraan bersama sepasukan 15 orang juruteknik berpengalaman. Mereka mampu mendiagnos apa jua isu dengan efisien, pantas serta menawarkan servis berkualiti kepada pelanggan.

Volkswagen-Sri-Hartamas-3S-Centre-mekanika (4)

FA Wagen telah melabur sebanyak RM5 juta untuk lokasi, bangunan, kemudahan serta ruang penyelenggaraan. Di samping peralatan dan kelengkapan diagnostik yang diluluskan oleh Volkswagen.

“Kerjasama kami dengan FA Wagen bermula pada tahun 2007. Sejak itu, kami telah mencapai banyak kejayaan. Para pelanggan menjadi keutamaan kami. Maka pelaburan ke atas infrastruktur merupakan salah satu usaha untuk menambah baik perkhidmatan dan pengalaman pemilikan secara keseluruhannya,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Volkswagen-Sri-Hartamas-3S-Centre-mekanika (1)

Pengarah Urusan FA Wagen, Cheng Seng Fook memberitahu pihaknya menyedari wujud keperluan sebuah pusat servis Volkswagen di Sri Hartamas.

“Jadi, kami telah melabur sebanyak RM5 juta ke atas cawangan ini untuk meningkatkan lagi jenama Volkswagen,” katanya.

Volkswagen-Sri-Hartamas-3S-Centre-mekanika (8)

Bilik pameran Volkswagen Sri Hartamas beroperasi dari Isnin hingga Ahad, termasuk cuti umum untuk mulai jam 8.30am hingga 6pm. Manakala bahagian selepas jualan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.30am hingga 5.45pm. Hari Sabtu pula, ia beroperasi dari jam 8:30pm hingga 12:3opm.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button