Motosikal

YAMAHA NMAX – BAWAH RM10,000!

Memperkenalkan Yamaha NMAX, pesaing terbaharu untuk segmen skuter dengan enjin bersesaran 150cc seperti Honda PCX 150 di pasaran Malaysia.

Yamaha-NMAX-2016-mekanika (3)

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) membuat previu skuter maxi tersebut dalam satu majlis penghargaan untuk pengedarnya sempena sambutan Tahun Baru Cina di Genting Highlands malam semalam.

Sudah agak lama terkenal di pasaran Eropah, NMAX dilancarkan di Indonesia sekitar tahun lalu sebelum menjengah ke Malaysia.

Yamaha-NMAX-2016-mekanika (11)

Menurut HLYM, NMAX akan mula berada di rangkaian pengedarnya mulai April depan. Harganya dianggarkan di bawah RM10,000 seunit. Sedia maklum, NMAX ialah skuter yang lebih kecil berbanding T-MAX atau S-MAX.

Jentera ini menggunakan teknologi Yamaha Blue Core. Enjin generasi baharu ini dikatakan menawarkan lebih berkuasa, jimat bahan api dan meningkatkan daya penyejukan dengan lebih efisien.

Yamaha-NMAX-2016-mekanika (8)

Enjin empat lejang SOHC silinder tunggal bersesaran 155cc adalah yang pertama dalam kelasnya. Mampu menjana kuasa mencecah 11.1kW dan tork 14.4Nm, ia kemudian dipadankan dengan transmisi V-Automatik.

Yamaha-NMAX-2016-mekanika (9)

Antara ciri NMAX yang menarik termasuklah lampu hadapan dan belakang LED, ruang lantai dan kargo yang luas, meter LCD, penyerap hentakan berkembar, serta brek cakera bersaiz 230mm untuk kedua-dua rodanya.

NMAX didatangkan dalam dua warna iaitu merah dan kelabu.

GALERI

Yamaha-NMAX-2016-mekanika (12)Yamaha-NMAX-2016-mekanika (1)Yamaha-NMAX-2016-mekanika (4)Yamaha-NMAX-2016-mekanika (5)Yamaha-NMAX-2016-mekanika (7)Yamaha-NMAX-2016-mekanika (10)Yamaha-NMAX-2016-mekanika (14)Yamaha-NMAX-2016-mekanika (15)Yamaha-NMAX-2016-mekanika (16)

Google ads
Back to top button