Motosikal

YAMAHA 135LC DINAIK TARAF!

Pada majlis prebiu skuter maxi Yamaha NMAX malam semalam di Genting Highlands, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut memperkenalkan model Yamaha 135LC facelift.

Yamaha-135LC-facelift-2016-mekanika (8)

Menjadi antara motosikal yang paling hangat di pasaran tempatan, Yamaha 135LC baharu telah menerima beberapa penambahbaikan minimum.

Antaranya termasuklah rekaan wajah hadapan yang lebih agresif, lampu hadapan dan belakang LED, lampu isyarat membelok belakang baharu dan lampu brek belakang yang diletakkan di posisi lebih tinggi.

Yamaha-135LC-facelift-2016-mekanika (3)

135LC masih menggunakan khidmat enjin empat lejang SOHC yang mampu menjana kuasa 9.2kW dan tork 12Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan menerusi kotak gear empat kelajuan.

Jentera empat lejang ini turut menerima rekaan grafik dan tiga warna baharu iaitu merah, putih serta biru yang lebih menarik.

Yamaha-135LC-facelift-2016-mekanika (12)

Menurut HLYM, harga 135LC baharu ini mungkin tidak banyak berubah iaitu sekitar RM6,500 seunit. Namun, harga tepatnya masih belum diputuskan lagi.

GALERI

Yamaha-135LC-facelift-2016-mekanika (10)Yamaha-135LC-facelift-2016-mekanika (2)Yamaha-135LC-facelift-2016-mekanika (4)Yamaha-135LC-facelift-2016-mekanika (5)Yamaha-135LC-facelift-2016-mekanika (6) Yamaha-135LC-facelift-2016-mekanika (7)

Google ads
Back to top button