Buletin

PUSAT PENGEDARAN ALAT GANTI BMW GROUP RASMI DIBUKA DI MALAYSIA 

BMW Group Malaysia baru-baru ini merasmikan pembukaan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau baharunya di Zon Industri Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru.

Terletak di atas tanah seluas 775,000 kaki persegi di Zon Industri Bebas dan melibatkan pelaburan lebih RM130 juta, ia merupakan salah sebuah kemudahan BMW paling besar seumpamanya di rantau Asia Pasifik.

Pusat tersebut akan menyokong lebih 23 buah negara di rantau ini sebagai gudang logistik serta pusat pengedaran alat ganti untuk alat ganti selepas jualan, komponen dan barangan gaya hidup bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad.

Naib Presiden Kanan Rantau Asia, Pasifik dan Afrika Selatan BMW Group, Hendrik von Kuenheim berkata, “Prestasi jualan yang kami capai di Asia tahun lalu dan suku pertama 2017 menjadi bukti kekuatan BMW Group di rantau ini. Pembukaan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group di sini akan membantu BMW Group untuk terus memacu visi kami menawarkan yang terbaik dalam inovasi automotif serta nilai kepada para pelanggan.”

Selain peningkatan pelaburan ke dalam negara, kemudahan itu bakal menyaksikan pelanggan di seluruh rantau ini terus dapat menikmati kebolehdapatan dan tempoh lebih pantas dari segi penghantaran alat ganti selepas jualan, komponen dan barangan gaya hidup ke para pengedar BMW.

Siap sepenuhnya pada Disember 2016, ia menjadi menjadi fasa pertama pembinaan kemudahan pembuat kenderaan premium itu. Kemudahan berkenaan akan memanfaatkan lokasinya yang strategik dan infrastruktur moden. Di samping akses pelabuhan laut dan udara di Zon Industri Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pusat pengedaran alat ganti itu akan membekalkan barangan ke Malaysia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Macau, Filipina, Brunei, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Mongolia, Sri Lanka, Tahiti, New Caledonia, Fiji dan Guam. Ia juga dijangka menawarkan 120 peluang pekerjaan.

BACA: JIKA BMW NAK BUAT PIKAP, MUNGKIN INILAH RUPANYA

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button