Buletin

PROMOSI HEBAT TOYOTA RAMADAN DRIVE

Sempena sambutan Hai Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, UMW Toyota Motor kini menawarkan pelanggan dengan promosi jualan menarik sepanjang Mei 2017.  

Promosi Toyota Ramadan Drive itu ditawarkan di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara. Para pelanggan boleh berjimat sehingga RM5,000 menerusi rebat tunai bergantung kepada model dan varian yang dipilih.

Selain rebat tunai, pakej penyelenggaraan percuma selama 3 hingga 5 tahun dan aksesori dengan nilai mencecah RM5,700 juga sedia untuk direbut. Pakej Nilai tersebut merangkumi perakam video digital, sistem infotainmen DVD AVX dengan kamera undur, cermin sisi boleh lipat automatik serta filem keselamatan premium Toyota. Khas untuk Vios, Panoramic View Monitor yang pertama ditawarkan dalam segmennya juga ada disediakan.

Tawaran menarik kempen ini adalah seperti berikut:

  • Toyota Camry – rebat tunai sehingga RM5,000
  • Toyota Hilux – rebat tunai sehingga RM4,000
  • Toyota Vios – rebat tunai sehingga RM3,000 + aksesori percuma bernilai RM4,000
  • Toyota Corolla Altis – rebat tunai sehingga to RM3,000 + pakej nilai percuma bernilai RM5,700
  • Toyota Fortuner – rebat tunai sehingga RM3,000
  • Toyota Sienta – rebat tunai sehingga RM4,000
  • Toyota Avanza – rebat tunai sehingga RM2,000

(Semua tawaran ini adalah untuk varian terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat. Sehingga stok masih ada).

Semua model yang ditawarkan itu adalah model tahun 2017 dengan spesifikasi terkini. Ia hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had (kecuali Hilux, perbatuan maksimum 150,000km). Maklumat lanjut, sila layari laman web: toyota.com.my atau hubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682).

BACA: SAYANGNYA, RIWAYAT SEBUAH TOYOTA SUPRA A70 BERAKHIR SEBEGINI TRAGIS 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button