Buletin

PUSPAKOM ANJUR HARI TERBUKA UNTUK PEMANDU E-HAILING

PUSPAKOM mengumumkan penganjuran hari terbuka khas untuk pemandu E-Hailing. Ia diadakan untuk memberi maklumat dan pelbagai aktiviti dan sesi taklimat bermanfaat.

Kepada yang berminat, boleh sahkan kehadiran anda melalui pautan borang berikut https://forms.gle/7Ujv2tHWGYEeuYWc9.

Program Hari Terbuka E-Hailing ini diadakan bertujuan mendekati dan membantu para pengusaha dan pemandu yang menawarkan perkhidmatan E-Hailing supaya memahami prosedur serta piawaian pemeriksaan yang perlu dipatuhi.

Ini merupakan inisiatif PUSPAKOM dalam membantu para pengusaha dan pemandu E-Hailing. Semua kakitangan PUSPAKOM telah bersiap sedia dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Selaras pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan, PUSPAKOM juga menyarankan agar semua pemandu kenderaan E-Hailing tidak menunggu hingga saat akhir untuk membawa kenderaan menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM, sebelum peraturan E-Hailing dikuatkuasakan pada 12 Julai 2019.

PUSPAKOM telah mengambil langkah proaktif dengan melanjutkan waktu operasi di semua cawangan PUSPAKOM di seluruh negara (kecuali cawangan Pasir Gudang dan Shah Alam) seperti operasi tujuh (7) hari seminggu di 19 cawangan terpilih berkuatkuasa 1 April 2019 dikhaskan untuk Pemeriksaan E-Hailing.

Jika kenderaan E-Hailing anda telah berusia 3 tahun dan ke atas daripada tarikh pendaftaran, sila hadir ke cawangan pada hari Sabtu dan Ahad ini untuk merebut peluang pemeriksaan E-Hailing khas untuk anda.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terbaharu, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6927 atau layari Facebook rasmi PUSPAKOM atau laman sesawang PUSPAKOM untuk mendapatkan maklumat jadual lanjutan waktu operasi yang terkini.

Google ads
Back to top button