Buletin

PUSPAKOM ANJUR KEMPEN VVI PERCUMA SEMPENA CNY. 21 HINGGA 31 JANUARI 2022

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, PUSPAKOM sekali lagi menganjurkan kempen #drivesafenoregrets.

Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau Voluntary Vehicle Inspection (VVI) itu menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan persendirian bermula 21 hingga 31 Januari 2022.

Orang ramai yang berminat boleh membuat temujanji dalam talian MyPUSPAKOM di www.mypuspakom.com.my. Perkhidmatan ini ditawarkan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang yang dikhaskan kepada kenderaan komersial berat sahaja) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sebagai pilihan, orang ramai juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma ini secara walk-in di Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM pada tarikh dan tempat yang ditetapkan seperti berikut:

VVI melibatkan 25 item pemeriksaan termasuk brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM Mohammed Shukor Ismail berkata perkhidmatan ini percuma demi kepentingan pengguna jalan raya di Malaysia di musim perayaan, di mana bilangan kenderaan menggunakan jalan raya meningkat. Fi lazim bagi Pemeriksaan Kenderaan Sukarela ini adalah RM50 bagi sebuah kenderaan persendirian.

Google ads
Back to top button