Buletin

SUV COUPE HAVAL H6 GT MASUK AUSTRALIA

Kehadiran SUV jenama Haval mungkin sukar untuk dikesan di Malaysia, kalau nak dibandingkan dengan SUV pilihan rakyat, seperti X70.

Namun di Australia, model SUV Haval H6 ternyata sangat popular dan Great Wall Motors membuat keputusan untuk membawakan varian terbaharu yang digelar sebagai H6 GT – sebuah SUV dengan garis bumbung coupe.

Dari segi dimensi, Haval H6 GT memiliki ukuran sepanjang 4,727 mm, lebar 1,940 mm, tinggi 1,729 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,738 mm.

Antara ciri rekaan luaran yang dibawakan termasuklah gril hadapan serba baharu, garis bumbung yang lebih melandai ke belakang, pemasangan spoiler ekor itik, bampar yang menampilkan rekaan ala diffuser, serta tip ekzos berkembar.

Ruang kabin pula menempatkan gandingan skrin kluster 10.25 inci, skrin tengah 12.3 inci, pemasangan tempat duduk sports diikuti dengan penawaran trim unik.

Haval H6 GT ditawarkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 201 kuasa kuda dan 320 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan, serta pilihan pacuan roda depan atau semua roda.

Unik untuk varian H6 GT adalah sistem brek Brembo, serta set tayar Michelin untuk pengendalian yang lebih baik.

Google ads
Back to top button