Buletin

PROTON IRIZ R5 TAMPIL PENAJA MINUMAN KERAS, THORNBRIDGE BREWERY JAIPUR IPA.

Ini bukanlah ProtoN Iriz sebarangan. Ia adalah sebuah kereta yang telah dibina sepenuhnya untuk perlumbaan rali oleh firm Mellor Motorsport.

Untuk rekod, firma yang dimiliki Chris Mellor ini merupakan individu di belakang projek rali Proton Satria S2000 yang berjaya menamatkan kedudukan podium dalam Kejohanan Rali Antara Benua (Intercontinental Rally Challenge). Kereta ini juga pernah memenangi WRC dalam kelas Super 2000 dan juga pemenang di siri Asia Pasifik.

BACA: PROTON PUTRA WRC, PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

“Pertama kali merlihat kereta ini tahun lepas, kami tertarik dengan saiznya yang sempurna untuk sukan rali,” ujar Mellor.

“Kereta ini kelihatan bagus, saiz badannya yang lebih pendek dari Satria Neo tetapi dengan titik roda lebih panjang, dimensi suspensi atas serta ruang bahagian hadapan yang besar memberi kelebihan sejukan enjin.

“Kami ada calon kereta yang bagus dan kami perlu resepi yang betul. Kami akan gunakan enjin Mitsubishi Lancer Evo X, turunkan kapasitinya menjadi 1600cc dan bina ia supaya lebih tahan lasak.”

“Selain enjin, ia dipasangkan dengan transmisi Xtrax, suspensi Reiger, brek Brembo dan sistem elektronik dari Cosworth. Kami yakin dengan komponen ini, Iriz R5 akan lebih berdaya saing dalam perlumbaan WRC tahun 2018,” ujar Mellor lagi.

Rancangan utama MEM ialah menyertai kedua-dua perlumbaan WRC2 dan APRC dengan kereta baru. Projek S2000 bersama Proton berakhir tiga tahun lepas apabila produksi Neo ditamatkan.

“Proton tidak pernah hilang minat untuk bertarung dalam sukan rali. Sebenarnya, tiada kereta yang sesuai tetapi kini, Proton juga menunjukkan sokongan dan teruja dengan apa yang kami lakukan.

Kereta ini telah menerima penajaan daripada syarikat pembuat minuman keras, Thornbridge Brewery Jaipur IPA dan telah dilayangkan dengan warna oren, warna rasmi syarikat tersebut.

Proton Iriz R5 telah dibina bagi kedua-dua set pemanduan kiri dan kanan akan dijadualkan bersedia untuk homolagasi pada 1 Januari 2018 nanti.

Google ads
Back to top button