Motosikal

QJMOTOR SRK 900 DEBUT DI CHINA – 95.2HP, 90NM

QMotor memperkenalkan motosikal jenis naked flagship terbaru untuk pasaran global menerusi SRK 900 yang telah pun diperkenalkan di China, bulan lalu. 

Untuk rekod, model baharu ini bukanlah sekdar versi yang lebih besar dari SRK 800 yang digerakkan enjin empat silinder 778cc sebaliknya, SRK 900 ini dipacu platform parallel-twin 904cc serba baharu. 

Menariknya, ketika QJMotor mempatenkan enjin tersebut pada tahun 2022, susun atur platform berkenaan mirip dengan enjin KTM LC8c. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kedua-dua pihak ini tiada jalinan kerjasama maka kami berasakan QJMotor telah menyalin semula enjin tersebut. 

Hasilnya, SRK 900 ini berupaya menjana 95.2hp pada 9,000rpm dan 90Nm pada 6,500rpm. Angka kuasa yang dihasilkan itu juga menjadikan SRK 900 motosikal segmen naked yang paling berkuasa dibangunkan pengeluar dari China. 

Menurut QJMotor, bagi menyesuaikan enjin berkuasa, pendekatan berbeza diterapkan dari sudut rekaan dengan SRK 900 ini tampil lebih dinamik dengan rupa badan yang lebih muscular. 

QJMotor turut meningkan pengalaman menunggang dengan paparan TFT 7-inci yang boleh disambungkan ke telefon pintar serta bi-directional quickshifter (upshift dan auto-blipper) secara standard. 

Pakej elektronik juga serba lengkap bermula dengan 6-axis IMU yang menawarkan fungsi lean-sensitive traction control, cornering ABS, tiga mod menunggang; (Standard, Rain dan Sport) serta fungsi cruise control. 

Atas kertas, QJMotor SRK 900 ini turut menawarkan tangki bahan api berkapasiti 17.8L sekaligus menyumbang kepada berat sekitar 221kg. 

GALERI: QJMOTOR SRK 900

Google ads
Back to top button