Buletin

PROJECT:ENDURANCE McLAREN – PELUANG PELANGGAN UNTUK MELIHAT BELAKANG TABIR PROJEK PEMBANGUNAN JENTERA LUMBA HYPERCAR

McLaren Automotive dan McLaren Racing sedang bekerjasama untuk menawarkan peluang yang sangat eksklusif dan jarang untuk memberikan keseronokan memandu sebuah Hypercar Le Mans yang sebenar, satu sensasi yang hanya akan dialami oleh segelintir orang juga kepada beberapa individu terpilih sebagai sebahagian daripada program kerjasama pelanggan unik Project: Endurance.

Dan untuk mereka yang terpilih untuk Project: Endurance ini pastinya akan menjadi sebahagian daripada sejarah perlumbaan McLaren, termasuk kemenangan ikonik tahun 1995 di 24 Jam Le Mans, dua kemenangan Indy 500, dan kejayaan dalam lebih daripada 190 Grand Prix juga di Monaco yang membawa kepada sembilan Kejuaraan Dunia Pengeluar untuk kejohanan Formula 1 dan satu-satunya pengeluar yang mencapai Triple Crown.

Seperti model WEC LMDh Hypercar yang dikendalikan oleh McLaren United AS, Projek: Endurance ini akan dikuasakan oleh sistem kuasa hibrid V6 twin turbo yang dibina untuk perlumbaan yang menggerakkan roda belakang, dan dibina dengan kerjasama pengeluar kereta perlumbaan terkenal, Dallara, yang juga merupakan rakan eksklusif untuk Siri NTT INDYCAR.

Memberikan suatu pengalaman pemilikan model Le Mans Hypercar pelanggan ke tahap yang baru, McLaren membawa pembeli Projekt: Endurance ke pusat program pembangunan dan pengujian sukan motor elit. Pelanggan akan mempunyai akses penuh di belakang tabir untuk program McLaren Racing LMDh yang akan datang, kakitangan pasukan utama dan pemandu serta menjadi sebahagian daripada kisah McLaren Endurance Racing.

Menariknya juga apabila pelanggan turut akan turut serta di dalam pembangunan untuk model McLaren Hypercar yang akan mencabar untuk kemenangan dalam siri FIA World Endurance Championship (WEC) 2027 nanti. Malah mereka juga akan mengalami perasaan teruja untuk perlumbaan 24 Jam Le Mans pada tahun itu, sebagai sebahagian daripada kempen McLaren untuk sekali lagi memenangi Triple Crown kali ini di dalam satu musim.

Eksklusif juga untuk pelanggan  Project: Endurance ini, pelanggan berpeluang untuk menikmati program trek McLaren selama dua tahun di beberapa litar perlumbaan terbaik di dunia dengan manfaat daripada sokongan di acara trek setiap musim. Malah mereka juga akan menerima latihan pemanduan yang profesional dilengkapi dengan krew pit, jurutera perlumbaan yang akan menjadi pasukan sokongan mereka

BACA : McLAREN 750S LE MANS EDISI ISTIMEWA DENGAN HANYA 50 UNIT MENJADI REBUTAN

BACA : MIKA HAKKINEN PANDU MCLAREN SOLUS GT DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED

Google ads

B K

Back to top button