
RALLY CHALLENGE HUJUNG MINGGU INI DI SEPANG
Musim 2019 bakal berakhir kurang daripada beberapa minggu. Dan harus diakui, dunia rali tempatan sedikit suram dengan ketiadaan penganjuran Malaysian Rally Championship 2019. Mujur juga sebelum ini beberapa acara rali seperti Rally Shakedown dan juga Rally Sprint untuk menghidupkan sedikit dunia rali tempatan.
Hujung minggu lepas juga sebenarnya telah berlangsung dengan jaya Juasseh Rally Shakedown di Kebun Nio Tok Am membabitkan beberapa pelumba regular seperti Khairul Nizam dari JRSpeed Sucimuci dan juga Haji Suhaimi dari One Motorsports.
Dan hujung minggu ini 14 – 15 November bakal berlangsung sebuah lagi acara rali, kali ini perlumbaan sebenar. Rally Challenge yang bakal berlangsung di perkarangan parkir Litar Sepang. Rally Challenge ini dianjurkan oleh pihak One Motorsports sendiri, selaku pasukan dengan deretan pemandu yang bukan kaleng kaleng.
Sebetulnya Rally Challenge ini lebih kepada Rally Sprint, yang mana sudah tentu trek yang direka lebih pendek dan ringkas tetapi masih lagi mencabar. Cumanya barangkali nak dapat kelajuan maksimum mungkin payahlah sikit.

Mengikut jadual yang dikeluarkan, pada hari pertama (14/12/19) akan diadakan proses penyemakan pendaftaran para peserta dan juga Scrutineering pada sebelah pagi. Manakala sesi Recce / Shakedown akan diadakan pada sebelah petangnya disamping jamuan Hi-tea yang akan turut diadakan.
Dan hari Ahad para peserta bakal dilepaskan berlumba tepat jam 9.00 pagi untuk perlumbaan pertama meliputi jarak 2 km sahaja diikuti perlumbaan kedua mengunakan trek yang sama. Dan perlumbaan ketiga dan keempat bakal bersambung selepas waktu makan tengahari dan perlumbaan dijangka tamat sebelum jam 4.00 petang. Kira habis agak awal jugalah kan. Kalau ikut jadual macam ngam jugalah.
Mengikut soal siasat yang Brader Karrager jalankan bersama Haji Cyco selaku orang kuat untuk penganjuran acara ini, mereka menjangkakan beberapa pasukan regular seperti JRSpeed dan Purnama Rally Team bakal mengambil bahagian. Dengar kata juga, Makcik Gina Finanza juga bakal beraksi sebagai Juruarah bersama anaknya Izyan yang bakal mengemudi stereng buat pertama kali. Malah, jikalau ada pelumba amatur dengan kereta standard juga dibenarkan beraksi dengan laluan trek yang lebih ringan cabarannya. Dengan yuran penyertaan serendah RM450, anda dah boleh merasai pengalaman berlumba di trek rali.
Jadi apa tunggu lagi, silalah hubungi Haji Cyco untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Yang nak sewa kereta rali dari mereka pun boleh rasanya. Dan memandangkan minggu ini akan jadi merupakan minggu berlumba di Litar Sepang, lepas menonton di trek, bolehlah singgah juga di trek Kelapa Sawit itu juga.
BACA : RALLY SHAKEDOWN – ONE MOTORSPORTS BAGAN DATUK RALLY TEAM