
RAMAI TAKUT HIBRID SEBAB BATERI MAHAL? HYUNDAI JAWAB KERISAUAN ANDA DENGAN MyHyundaiCare
Pasaran kereta hibrid sering kali dihadapkan dengan tanggapan bahawa kos penyelenggaraan dan penggantian bateri adalah tinggi.
Namun, Hyundai Motor Malaysia tampil memberikan gambaran sebenar mengenai kepentingan struktur pemilikan jangka panjang yang lebih efisien.
MyHyundaiCare: Menurunkan Kos Pemilikan Jangka Panjang

Melalui inisiatif myHyundaiCare, Hyundai Motor Malaysia bertujuan menurunkan Total Cost of Ownership (TCO) bagi model-model terpilih. Program ini memastikan kos servis, alat ganti, dan penyelenggaraan lebih terkawal dan boleh dijangka.
Antara ciri utama myHyundaiCare:
- Complimentary Vehicle Inspection sebelum servis, bagi mengenal pasti isu awal dan mengelakkan kos pembaikan yang tinggi di masa hadapan.
- Mobile Technical Support Team, pasukan teknikal yang turun padang untuk menyokong semua pusat servis Hyundai di seluruh Malaysia, termasuk kawasan terpilih yang tiada servis pusat rasmi. Pasukan ini memastikan piawaian servis konsisten di seluruh negara.

Secara angka, program ini memberi impak signifikan:
- Hyundai TUCSON: pengurangan TCO sehingga 20 peratus
- Hyundai SANTA FE: pengurangan TCO sehingga 16 peratus
- Hyundai STARIA: pengurangan TCO sehingga 15 peratus
Pengurangan ini dicapai melalui kos alat ganti yang lebih rendah, penyelenggaraan dioptimumkan, dan struktur pemilikan lebih efisien, termasuk bagi model generasi terdahulu.
Sistem Bateri Modular Untuk Hybrid
Salah satu kebimbangan utama pemilik ialah kos penggantian bateri hybrid. Hyundai memperkenalkan sistem bateri modular pada model HEV mereka.
Pendekatan ini membolehkan penggantian modul secara individu jika berlaku kerosakan, tanpa perlu menukar keseluruhan pek bateri.
Langkah ini sekaligus dapat menurunkan kos penggantian antara 13 hingga 19 peratus berbanding sistem konvensional.

Selain kos penyelenggaraan lebih terkawal, teknologi hibrid juga menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap, satu kelebihan penting dalam situasi harga petrol serba tidak menentu.
Untuk model seperti TUCSON NX4 HEV dan SANTA FE MX5 HEV, harga modul bateri jauh lebih rendah berbanding full battery system assembly, sekali gus menawarkan fleksibilitidan mengurangkan beban kos pemilik.
Selain itu, melalui myHyundaiCare, semua bateri dilindungi dengan jaminan sehingga 8 tahun atau 160,000 km, bukan terhad kepada model hibrid sahaja.
Berdasarkan data model Ioniq HEV, daripada 1,982 unit terjual di Malaysia, hanya 8 unit diganti di bawah tuntutan jaminan, bersamaan 0.4 peratus kadar kegagalan. Ini menunjukkan bahwa pemilikan hibrid kini lebih selamat dan boleh diramalkan dari segi kos.

Dengan program myHyundaiCare, Hyundai bukan sekadar menawarkan kereta, tetapi menyediakan struktur aftersales dan perlindungan jangka panjang yang telus dan meyakinkan.
Bagi pengguna yang mempertimbangkan kereta hibrid tetapi risau tentang kos jangka panjang, lawatan ke bilik pameran Hyundai Motor Malaysia berdekatan untuk pandu uji dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai myHyundaiCare adalah langkah bijak.
Pemilihan jenama dengan sokongan aftersales yang kukuh kini menjadi faktor penting dalam pemilikan hibrid yang lebih berpatutan dan mudah diurus.

