
KTM 890 ADVENTURE R RALLY 2026 DIUMUMKAN – SUSPENSI WP XPLOR PRO, 104HP
Meskipun telah menghentikan produksi 890 DUKE namun KTM masih meneruskan pengeluaran 890 Adventure bagi tahun 2026 dengan memperkenalkan varian 890 Adventure R Rally edisi terhad.
Menurut KTM, model baharu ini dibangunkan khas untuk mereka yang mahukan pakej suspensi, ergonomik dan perkakas yang diambil terus dari program perlumbaan KTM di rali Dakar.

WP membekalkan fork WP Xplor Pro yang ringan untuk bahagian depan yang mengguna pakai sistem Cone Valve. Sementara itu, bahagian belakang pula dilengkapi dengan WP XPlor Pro, masing-masing menawarkan jarak pergerakan 270mm berbanding 240mm yang ada pada 890 Adventure R.
Menggerakan versi Rally ini adalah enjin parallel-twin 889cc yang berupaya menjana 104hp dan 100Nm.

Atas kertas, 890 Adventure R Rally ini dilengkapi dengan pakej elektronik serba lengkap termasuk:
- Rally Mode
- Quickshifter+
- Cruise Control
- MSR (Motor Slip Regulation)
- Off-Road ABS dan Ride Mode
- Maklumat jentera boleh diakses menerusi panel meter TFT 5-inci dengan fungsi Turn-by-Turn navigation.

Menariknya, KTM turut melengkapkan varian Rally ini dengan pelindung tangki jenis karbon, sproket belakang dari Supersprox-Stealth, pelana Rally, pemjiak kaki Factory Racing dan ekzos Akrapovic jenis slip-on.
GALERI: KTM 890 ADVENTURE R RALLY 2026
















