
HONDA CR-V e:HEV RS: PILIHAN SELESA UNTUK PULANG BERAYA
Musim Raya selalu sinonim dengan perjalanan pulang ke kampung, berkumpul bersama keluarga dan membawa pelbagai juadah serta buah tangan untuk diraikan bersama insan tersayang.
Dalam suasana macam ni, kenderaan yang selesa, jimat bahan api dan dilengkapi teknologi moden memang jadi “hero” perjalanan.
Honda CR-V e:HEV RS hadir sebagai SUV hibrid yang sempurna untuk menemani perjalanan pulang beraya, gabungan prestasi, keselesaan dan ruang yang praktikal untuk seisi keluarga.
Dengan enjin 2.0L e:HEV yang menghasilkan 184PS dan 335Nm tork, perjalanan jauh tidak lagi

melelahkan. Sistem hibrid pintar CR-V secara automatik menukar antara EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive mengikut corak pemanduan kita, memastikan kenderaan sentiasa berada dalam mod paling efisien.
Jadi, tak perlu risau soal minyak, pemanduan jauh ke kampung boleh jadi lebih tenang dan lancar.
Ruang kabin yang luas juga menjadikan CR-V e:HEV RS sesuai untuk keluarga. Dengan kapasiti ruang but 589 liter, semua barangan Raya, kuih-muih, serta beg pakaian boleh dimuat tanpa rasa sesak.

Penumpang pun selesa, lebih-lebih lagi bila perjalanan mengambil masa beberapa jam di lebuh raya.
Dari segi teknologi, perjalanan pulang beraya jadi lebih menyeronokkan dengan sistem Advanced Display Audio yang menyokong Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar.
Akses navigasi, muzik dan aplikasi kegemaran jadi mudah, pemandu dan penumpang boleh terus menikmati perjalanan tanpa gangguan.
Honda Malaysia juga memperkenalkan varian baharu CR-V e:HEV E, memberi lebih pilihan SUV hibrid kepada pengguna.

Varian ini turut dilengkapi Google built-in, serta ciri keselamatan seperti Blind Spot Information (BSI) dan Cross Traffic Monitor (CTM) – memastikan perjalanan pulang beraya lebih selamat.
Jadi, untuk perjalanan pulang beraya tahun ini, naik Honda CR-V e:HEV RS – SUV hibrid yang bukan sahaja jimat dan sporty, tetapi juga selesa dan praktikal untuk keluarga.
Kunjungi bilik pameran Honda terdekat untuk melihat sendiri dan alami pengalaman pemanduan hibrid yang lebih pintar.
GALERI:

















