Buletin

RANCANG 2022, SIAP APRIL 2024 – LITAR HORIZON BERANANG BAKAL DIBUKA

Peminat sukan permotoran dihadiahkan berita baik bagi tahun 2024 selepas Litar Horizon Beranang telah pun siap sepenuhnya dan akan dibuka tidak lama lagi. 

Litar yang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor itu dilaporkan akan dibuka kepada orang ramai pada April dengan kerja-kerja peringkat akhir telah pun selesai. 

Dibangunkan oleh Horizon Motorsport dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang, Litar Horizon Beranang ini pastinya akan menghangatkan lagi arena permotoran tempatan. 

Menariknya, pembinaan litar ini hanya mengambil masa kurang tiga tahun dengan rangka awal hanya dibuat pada tahun 2022 sebelum pembinaan dimulakan pada Julai 2023. 

Lebih mengagumkan, litar ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan bajet sendiri tanpa bantuan luar.

Untuk rekod, Litar Horizon Beranang (HBC) seluas enam hekar ini menawarkan fasiliti lengkap termasuk pit, ruang penonton, parkir dan kafe. 

Lebih menarik, HBC menawarkan 12 susun atur yang boleh disesuaikan mengikut keperluan latihan dan jentera. 

*sumber foto – Two Wheels

Google ads
Back to top button