TAYAR EV HAUS TERLALU CEPAT, PEMILIK TIDAK PUAS HATI – MACAM MANA NAK SELAMATKAN DUNIA?
EV ataupun kereta elektrik dikatakan lebih bersih daripada kenderaan berenjin ICE dan mampu menyelamatkan alam sekitar dari terus tercemar. Masalahnya EV biasanya lebih berat dari kenderaan ICE biasa menyebabkan tayarnya akan haus lebih cepat berbanding kenderaan tradisi. Kini ramai pembeli EV merasa diri mereka tertipu kerana tidak diberitahu tentang perkara ini lebih awal.
Perbezaan kepuasan yang lebar antara pengguna EV dan kenderaan ICE memberi peluang kepada pengeluar tayar dan kenderaan membuka mata pemilik-pemilik EV tentang perbezaan prestasi antara keduanya, demikian menurut Ashley Edgar, seorang pengarah J.D. Powers.
Salah satu punca ketidakpuasan pengguna EV ialah tayar yang haus terlalu cepat. Kehausan tayar bermakna pencemaran. Bukan ekzos sahaja menghasilkan emisi tapi tayar juga menghasilkan pencemaran yang hampir sama. Emisi dari kehausan tayar akan menyumbang kepada masalah pernafasan, kerosakan buah pinggang dan saraf. Dengan kata lain makin cepat tayar anda haus makin tinggi kadar pencemaran dihasilkan.
Malangnya penghasilan tayar khusus untuk EV menjadi punca ia sukar untuk diselesaikan. Matlamat tayar EV untuk memaksimakan jarak dan mengoptimakan penggunaan tayar bukan sesuatu yang selari. Ini merupakan cabaran baharu dalam industri automotif khususnya dengan perkembangan segmen EV.
Payah juga kalau macam ni kan? Kita pakai EV konon nak selamatkan dunia dari pencemaran asap yang konon mengancam keselamatan warga dunia secara keseluruhan tapi rupanya EV turut menghasilkan pencemaran melalui emisi dari tayar.
Pada penghujung tahun lepas juta sebuah syarikat pengedar perisian automotif, CDK Global membuat satu kajian mendalam tentang EV dan salah seorang responden menyatakan yang bagi sebuah EV, proses penukaran tayar menyamai penukaran minyak pelincir kereta biasa.
Ingat tak sebelum ini sebuah portal automotif antarabangsa pernah menyiarkan yang Rivian R1T perlukan satu set tayar baharu selepas 10,000 kilometer? Hampir sama bukan dengan jarak penukaran minyak pelincir? Jadi komen tersebut memang mempunyai asas.
Dalam satu sudut berbeza, warga oldskool macam kami ni lagi rela tukar minyak hitam 5,000 kilometer sekali berbanding menukar satu set tayar 6 bulan sekali. Sebiji tayar dah berapa abang weh. Tayar longling tingtong pun bukannya murah.
Apa pun tepuk dada tanya selera masing-masing. Lagi pun yang pakai EV ni tak adanya yang B40 macam kami. Semua kaya-kaya boh.