Artikel PilihanBuletin

RANGE ROVER EVOQUE ORI VS EVOQUE-CHINA: KEMALANGAN ATAU KEBETULAN?

Kata orang “kalau dah jodoh memang tak kemana”. Kelmarin, berlaku kemalangan 2 buah kereta yang identikal; Range Rover Evoque dan kembar “palsu”nya Landwin X7. Menjadikannya lebih menarik, kedua-duanya dari warna yang sama!

Media China melaporkan kemalangan ini berlaku di persimpangan bandar Chongqing di mana siasatan polis mendapati ianya disebabkan kecuaian pemandu Landwin. Mungkin beliau terkejut agaknya jumpa diri keretanya yang original.

evoque vs landwind (1)

Bagaimanapun Kemalangan kecil ini tidak melibatkan sebarang kecederaan pada pemandu kedua-dua kenderaan tersebut.

China bukanlah asing bab tiru meniru rekabentuk, malah harta intelek pun tak dipedulikan. Seperti yang kami siarkan sebelum ini, Yamaha R25 yang diplagiat, begitu juga kes tuntut kereta Smart yang tidak memihak kepada pihak yang berhak.

Konglomerat Jaguar-Range Rover sudah mengambil tindakan mahkamah namun gagal menyekat Landwind dari terus menjual X7. Berita menjadi lebih huru-hara pada bulan lepas apabila mahkamah China membatalkan hakmilik bagi kedua-dua pengeluar ini. Gila kan!

evoque vs landwind (3)

China masih merupakan pasaran penting JLR di mana sejak 2014, ia adalah pasaran terbesar mereka. Bagi tujuan itu, tindakan undang-undang masih lagi diteruskan kepada syarikat utama Landwind iaitu Jiangling Motors, namun ramai pemerhati berpendapat keputusan akhir nantri belum tentu memihak pada JLR.

Susah juga sebenarya. Sebab Landwind X7 ni memang dijual murah nak meninggal. Land wind X7 RM54,000 (120,000 yuan) kemudian Range Rover Evoque RM240,000 (528,000 yuan). Ibarat beli harga Myvi tapi dapat C-Class tiruan.

Dah macamana?

 

kredit foto ithome china

evoque vs landwind (1)evoque vs landwind (4) evoque vs landwind (3) evoque vs landwind (2) evoque vs landwind (6)

Google ads
Back to top button