Buletin

RANGE ROVER VELAR R-DYNAMIC 2021. SISTEM SUSPENSI UDARA, PIVI-PRO, BERMULA RM612K

Range Rover Velar 2.0L R-Dynamic 2021 kini menerima diberi rekaan dalaman yang dipertingkatkan. Selain  penambahbaikan terhadap Sistem Bantu Pandu, Pivi-Pro – sistem infohibur intuitif serba baharu serta suspensi udara elektronik.

Penambahbaikan bahagian dalaman Velar diinspirasikan daripada rekaan dalaman, fesyen dan barangan elektronik bagi memberikan ruang tersebut peningkatan yang ketara. Perubahan yang dapat dilihat ialah tuil gear dan reka bentuk stereng baharu dengan butang pintar dan ciri pengesan roda yang praktikal.

Ia juga dilengkapi pelbagai ciri inovatif seperti lampu kabin, skrin sentuh berkembar bersaiz 10inci, skrin [\paparan pemandu interaktif 12.3-inci, head-up display berwarna  dan banyak lagi.

Sistem Bantuan Pemandu telah ditambah baik dengan Kamera Keliling 3D yang memberi pandangan 3-dimensi sekeliling. Ia turut memaparkan beberapa pandangan serentak termasuk pandangan perspektif 3D dari bahagian atas dan ClearSight Ground View.

Diinspirasi daripada peranti mudah alih terbaharu, Pivi Pro, sistem infotainmen serba baharu Jaguar Land Rover disuai khusus untuk memaparkan informasi yang relevan kepada pemandu dan boleh diakses terus dengan hanya satu atau dua sentuhan sahaja. Ketersambungan untuk dua telefon mudah alih juga boleh dinikmati serentak tanpa perlu menukar sambungan.

Satu lagi ciri hebat yang terdapat pada Velar adalah sistem Active Road Noise Cancellation (ARNC). Ia didatangkan bersama Sistem Bunyi Meridian yang berfungsi seperti fon kepala pembatal bunyi untuk memberikan suasana kabin yang lebih senyap dan mewah.

Suspensi Udara Eletronik dengan pelarasan ketinggian automatik merupakan satu lagi pembaharuan yang ada pada Range Rover Velar 2021. Ia dapat melaras ketinggian Velar dengan cepat walaupun di atas permukaan tidak rata. 

Masuk atau meletak barang ke dalam Velar juga menjadi mudah. Ketinggian Velar boleh diubah suai +/- 50mm untuk disesuaikan mengikut keperluan dengan menggunakan skrin sentuh, kunci kawalan jauh atau butang kawalan yang ada di bahagian ruang kargo. 

Suspensi udara itu dapat mengurangkan ketinggian kenderaan sebanyak 10mm untuk meningkatkan aerodinamik kenderaan dan penjimatan bahan api apabila dipandu melebihi 105km/j.

Wade Sensing, ciri unik untuk model Land Rover kini terdapat pada Velar 2021. Sistem itu menggunakan sensor ultrasonik pada  bahagian cermin luar untuk memberi amaran secara visual dan audo kepada pemandu jika paras air mencecah tahap kedalaman mengharung air. 

Velar mengekalkan enjin P250 Ingenium berkuasa 249PS dan tork 365Nm yang dipadankan bersama kotak gear ZF lapan kelajuan dan pacuan semua roda Intelligent Driveline Dynamics.

Direka di pusat pembangunan Jaguar Land Rover UK, Velar dibina di kilang Solihull.

Range Rover Velar 2.0L R-Dynamic 2021 boleh anda miliki pada harga bermula RM612,207 (harga termasuk pengecualian 50% tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran).

GALERI

Google ads
Back to top button