
NAK JADI ANTARA PEMILIK TERAWAL NOTE7? IKUTI LANGKAH MUDAH INI!
Hanya beberapa hari selepas acara Galaxy Unpacked di New York City, peminat Samsung Galaxy Note7 boleh mula membuat pra-tempahan telefon pintar itu pada Isnin depan (8 Ogos 2016) pada pukul 10:00am.
Sebanyak 4,000 disediakan untuk pra-tempahan. Lebih menarik lagi, anda boleh mendapat penjimatan sehingga RM957.
Selain pek bateri 10,2000mAh dan Wireless Charging Stand percuma, pembeli terawal juga akan menerima diskaun eksklusif sebanyak 10 peratus ke atas Galaxy Note7 yang ditawarkan pada harga RM3,199 seunit.
Apa yang perlu anda lakukan? Ikuti langkah-langkah di bawah ini:
Langkah 1: Layari laman web pra-tempahan www.samsung.com/my/note7preorder baca terma dan syarat sebelum membuat tempahan
Langkah 2: Pilih warna dan lokasi pungutan daripada 74 kedai Samsung yang mengambil bahagian.
Langkah 3: Bayar deposit RM300 menerusi Paypal dan dapatkan e-mel pengesahan.
Langkah 4: Pergi ke kedai yang telah dipilih di antara 18 hingga 21 Ogos dan bayar baki selebihnya.
Jadi, jangan lupa tercegat depan komputer Isnin depan pukul 10 pagi. Kalau terlepas jangan salahkan orang lain pula. Saya dah bagitau awal-awal ni…