Buletin

16 UNIT RANGE ROVER USANG NAK DIJUAL PADA HARGA RM300,000 DI eBAY

Sebanyak 16 unit model Range Rover Classic dari Cream Ridge, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) ingin dilepaskan pada harga AS$73,000 (RM300,541) melalui eBay.

Melalui gambar muat naik tersebut, Range Rover berkenaan berada dalam keadaan agak usang.

Penjual itu memberitahu kenderaan-kenderaan terbabit memiliki salvage title ataupun ataupun kenderaan dalam keadaan rosak ataupun hampir total loss.

Bahkan, kebanyakkan kenderaan sudah berkarat dan diselaputi kulat malah tiada perincian mengenai kenderaan-kenderaan ingin dijual tersebut.

Kemungkinan besar, pembeli akan menggunakan kenderaan-kenderaan usang itu untuk menggunakan alat ganti sahaja.

Bagaimanapun, tidak mustahil ia boleh dibaiki tetapi dengan taraf salvage title agak sukar untuk dipandu di negeri-negeri AS.

Menurut penjual itu lagi, masih terdapat kenderaan yang memiliki taraf boleh dipandu secara sah.

SUV berkenaan tidak boleh dibeli secara individu tetapi perlu membeli kesemua 16 unit. – carscoops

Google ads
Back to top button