
WANITA GUNA IDENTITI PALSU BELI RANGE ROVER SPORT
Apa sahaja akan dilakukan untuk memiliki kenderaan idaman.
Itu yang dilakukan seorang wanita di United Kingdom (UK), membeli sebuah Range Rover Sport berwarna hitan di pengedar Hampshire menggunakan informasi peribadi orang lain.
Lebih malang, mangsa identiti berkenaan hanya mengetahui pembelian tersebut apabila menerima penyata kewangan melalui pos.

Pihak polis Hampshire mendedahkan gambar wanita terbabit yang berdiri bersebelahan Range Rover Sport itu berhubung kejadian tersebut.
Mereka turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengenali wanita itu.
Selain itu, pihak berkuasa percaya wanita berkenaan menetap di luar kawasan Hampshire.

Kenderaan dianggarkan bernilai kira-kira AS$54,000 (RM218,160) bermakna ia merupakan model terpakai.
Range Rover Sport 2020 baharu memiliki tag harga bermula AS$69,500 (RM280,780) di pasaran Amerika Syarikat (AS).
Menurut Persatuan Kewangan dan Pajakan (FLA), gambar dirakam semasa penyerahan kenderaan dapat digunakan sebagai langkah anti penipuan, lapor CarDealer.
“Pihak industri bekerjasama berkongsi maklumat dalam insiden seperti ini malah mempelajarinya kerana ia merupakan perkara penting dalam membendung penipuan.
“Salah satu langkah anti-penipuan yang dibincangkan adalah para pengedar merakam gambar pembeli ketika ingin menyerahkan kenderaan,” kata Ketua Komunikasi FLA, Andrea Kinnear. – carscoops.