
TAK MAU KALAH. RANGE ROVER VELAR PILIHAN PENCURI DI JERMAN
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium kini menjadi pilihan para pencuri di negara Jerman sepanjang tahun lalu.
Daripada 10 model kenderaan, terdapat lapan model SUV yang menghuni carta kenderaan paling kerap dicuri di negara terbabit.
Menurut laporan Autobuild, jentera Range Rover Velar mencatat kedudukan pertama dengan kadar kecurian adalah 15.5 unit daripada 1,000 kenderaan yang diinsuranskan pada purata tuntutan perbelanjaan mencecah €52,158 (RM250,948).
Selain Velar, jentera yang menjadi pilihan pencuri merupakan BMW X6, Kia Stinger dan model Range Rover.

Menduduki tangga kelima pula Lexus NX diikuti oleh Toyota Land Cruiser.
Kenderaan paling murah yang tersenarai pada kedudukan ketujuh adalah Toyota Prius.
Satu-satunya jentera sportcar ialah Porsche 911 meraih tempat kelapan manakala Ford Edge menduduki tangga kesembilan.

BMW X5 dan Hyundai Santa Fe masing-masing berkongsi tempat pada kedudukan ke-10 dalam senarai berkenaan.
Bagaimanapun, perintah kawalan pergerakan berikutan pandemik Covid-19 menyaksikan penurunan dalam kecurian kenderaan.
Kes kecurian mencatatkan 10,697 unit kenderaan diinsurans pada tahun 2020 berbanding 14,229 kenderaan pada 2019.
Kebanyakan kes dilaporkan di Berlin yang merupakan bandar terbesar di Jerman. – carscoops