
BATERIKU LANCAR ASTRA, KINI DIIKTIRAF SIRIM
Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan No. 1 di Malaysia, melancarkan bateri automotif ASTRA yang kini diiktiraf SIRIM IEC 60095 bagi kesemua 28 SKU produk (MF, EFB, AGM).
Majlis pelancaran turut menyaksikan perasmian Makmal Kualiti Bateriku, yang membolehkan ujian dalaman prestasi, keselamatan dan ketahanan bateri dilakukan secara menyeluruh.
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri dari MITI, dengan kehadiran pihak SIRIM, rakan industri dan strategik Bateriku.

Pencapaian ASTRA:
- Lebih 1 juta unit terjual sejak 3 tahun lalu.
- Disokong oleh 225 pitstop seluruh negara & >1,500 juruteknik gig dilatih oleh Akademi Bateriku.
- Satu-satunya jenama bateri Malaysia yang diiktiraf SIRIM bagi semua SKU.
Keistimewaan ASTRA:
- Perlindungan Insuran Takaful GPA percuma sehingga RM7,000.
- Waranti nasional & bantuan tepi jalan seluruh Malaysia – pelanggan boleh dapat bantuan walau di lokasi berlainan dari tempat pembelian.
- Komitmen terhadap kualiti & kelestarian – dengan penubuhan Briged Hijau untuk pelupusan bateri lama secara berhemah.
Menurut CEO Bateriku, Tn. Hj. Azarol Faizi, ASTRA ialah simbol janji terhadap kualiti, servis selepas jualan dan ketenangan pengguna, serta mengurangkan beban bengkel dalam pengurusan waranti.

Bengkel yang berminat untuk mendapatkan ASTRA boleh hubungi:
📞 013-844 2816
📧 b2wteam@bateriku.com
- BACA:TRIUMPH THRUXTON 400 DEBUT DI INDIA – 41.4HP, 37.5NM
- BACA: INFINITI QX80 SPORT – BARULAH NAMPAK LEBIH GARANG DAN JAHAT
- BACA: CHERY FULWIN X3 DAN X3L BAKAL DILANCARKAN 16 OGOS: VARIAN EV DAN EREV, DIREKA UNTUK PEMINAT GAYA LASAK
- BACA: VOLKSWAGEN TOUAREG BAKAL DITAMATKAN – PENAMAT BAGI ERA SUV PREMIUM JERMAN?







