Buletin

RASMI: PERODUA ARUZ DIBUKA UNTUK TEMPAHAN. BERMULA RM72,200

Setelah melihat banyak paparan, rumours, brosur, dan foto-foto intipan sejak beberapa minggu yang lalu, Perodua hari ini mengumumkan tempahan mula dibuka untuk SUV terbaru mereka, Perodua ARUZ.

Seperti yang kami dedahkan semalam, Perodua sudah bersedia memperkenalkan kembar Toyota Rush ini dan harganya cukup kompetitif. Ia didatangkan dengan dua spesifikasi iaitu X dan AV.

Berikut ialah harga tentatif yang diperkenalkan.

Seperti yang dapat anda lihat, harga tersebut ialah harga di atas jalan tetapi tidak termasuk insurans.

Antara beberapa ciri penting Perodua Aruz ialah;

  • SUV pacuan 2WD dengan kapasiti TUJUH kerusi
  • DIkuasakan enjin Dual VVT-i 1.5L
  • Dilengkapi dengan fungsi “Eco Idle”
  • Mendapat Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan catatan 15.6km/liter.
  • Semua varian mempunyai 6 beg udara
  • Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) 2.0, dengan fungsi pengesan pejalan kaki.
  • Kamera undur
  • Port mengecas di semua tempat duduk
  • Lampu depan LED dengan fungsi “follow me home”
  • Rim aloi standard 17 inci
  • Lima pilihan warna, Amazon Green, Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White
Google ads
Back to top button