Motosikal

VESPA 946 HORSE TIBA DI MALAYSIA – HANYA TIGA UNIT,  RM109K

Pengedar rasmi jenama motosikal Vespa di Malaysia, Didi Group, telah pun melancarkan Vespa 946 Horse untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM108,999. 

Untuk rekod, seperti model edisi terhad yang diilhamkan dari zodiak kalendar Lunar sebelum ini, 946 Horse juga terhad kepada 888 unit sahaja seluruh dunia dan hanya tiga unit diperuntukkan unutk pasaran Malaysia. 

Namun begitu, kami difahamkan bahawa kesemua tiga unit telah pun habis dijual namun pihak yang mahu membuat pembelian boleh mengemukakan minat pada Didi Group. 

Dalam pada itu, Vespa 946 Horse juga menawarkan keunikan tersendiri termasuk elemen kuda keemasan, kemasan berwarna emas dan warna coklat gelap pada bahagian panel badan. Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan beberapa komponen yang dibalut dengan kulit. 

Atas kertas, Vespa 946 Horse ini dikuasakan enjin 155cc, dilengkapi dengan ABS dual-channel, meter digital LCD dan tangki bahan api berkapasiti 8L. 

GALERI: VESPA 946 HORSE

Google ads
Back to top button