
VESPA PRIMAVERA DAN SPRINT 180 MASUK MALAYSIA TAHUN INI
Kami baru sahaja menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 Vespa yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam yang membenarkan kami menyaksikan dua model baharu, Vespa Primavera 180 dan Sprint 180 serba baharu.
Kedua-dua model telah pun debut di Indonesia pada April lalu namun ini kali pertama kami berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat kedua-dua model sebelum pelancaran di Malaysia.

Menariknya, pihak Vespa memaklumkan bahawa kedua-dua model ini akan masuk pasaran Malaysia tahun ini.
Dalam pada itu, turut disahkan bahawa kedua-duanya adalah model baharu yang menggantikan versi 150cc yang telah lama berkhidmat.

Atas kertas, Primavera dan Sprint 180 ini dikuasakan enjin 174cc dan menawarkan 14.7hp pada 8,250rpm dan 13.7Nm pada 6,500rpm. Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak 2.5hp berbanding model 150cc.
GALERI: VESPA PRIMAVERA 180









GALERI: VESPA SPRINT 180















