Artikel Pilihan

RELIANT REGAL – KERETA MUSUH UTAMA MR BEAN

Pembaca Mekanika sebaya Brader Karrager atau pun Abang Japar pasti mengingati siri Mr Bean. BBNU yang baca ni boleh Google dahulu siapa itu Mr Bean jika tidak pasti. Jikalau Mr Bean terkenal dengan Mini yang berwarna hijau itu, kita pasti teringatkan sebuah kereta tiga roda berwarna biru PKR yang sering menjadi musuh utama beliau.

Pasti ramai yang tidak pernah peduli tentang kenderaan jelik tersebut bukan? Baik. Marilah Brader Karrager berkongsi sedikit maklumat mengenai gerangan kereta beroda tiga ini.

Pengeluar kereta ini adalah Reliant Motor Company, yang berpangkalan di Tamworth, England. Model Regal ini pula dikeluarkan diantara tahun 1953 sehingga 1973. Boleh tahan lama juga produksi model ini.

Berdasarkan undang – undang JPJ Cawangan UK, model ini diklasifikasikan sebagai ‘tricycle’, apatah lagi beratnya pula sekitar 356.6 kg sahaja. Jadinya, kalau ada lesen penuh untuk motosikal di sana pun dah boleh pandu model ini.

Memandangkan ia mempunyai berat kenderaan yang ringan, padanan enjin yang bersesaran 700cc dan juga kotak gear manual empat kelajuan adalah memadai untuk menggerakkanya dengan mudah. Cuma dengan keadaan satu tayar di bahagian hadapan, kalau Brader Karrager yang naik, senget sebelah adalah sesuatu yang pasti.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Walaupun ianya mempunyai sifat sebuah kereta yang comel, namun itu bukanlah alasan bagi Reliant untuk tidak mengeluarkannya dalam versi yang lebih sporty. Versi convertible turut dikeluarkan bagi memenuhi citarasa pembeli di kala itu.

Oh ya, suka juga untuk Brader Karrager kongsikan yang muncul di dalam siri Mr Bean itu adalah model Reliant Regal Supervan. Jika ada yang menyangka itulah adalah kemuncak kepada popularitinya barangkali silap. Model Reliant ini juga pernah membuat cameo sewaktu majlis penutup Sukan Olimpik 2012 di London.

Selain daripada itu, Reliant Regal Supervan ini juga pernah muncul dalam permainan Forza Horizan 3.

Walaupun kelihatan jelik, namun model ini turut mempunyai pengganti, Reliant Robin pada tahun 1973. Masih lagi mengekalkan paras rupa tiga roda. Amacam? Jelik pun jeliklah. Asalkan popular. 

BACA : ROADSTER 3 RODA VANDERHALL VENICE

BACA : MODEL KONSEP CAN-AM SPYDER F3 TURBO

Tags
Google ads
Back to top button