Buletin

ROADSTER 3 RODA VANDERHALL VENICE

Berpangkalan di Provo, Utah Amerika Syarikat, pakar pengeluar kenderaan tiga roda, Vanderhall Motor Works kini menawarkan jentera terbaharunya yang dikenali sebagai Vanderhall Venice.

Jentera tiga roda itu tampil dengan rekaan hampir sama dengan model Polaris Slingshot, Campagna T-Rex atau Morgan 3 Wheeler. Maksudnya, ia mempunyai dua roda di hadapan dan satu di belakang.

vanderhall-venice-mekanika-2

Di samping kokpit terbuka dengan dua tempat duduk dan stereng. Tidak seperti BRP Can-Am yang lebih kepada sebuah motosikal dengan penambahan satu lagi roda.

BACA: MODEL KONSEP CAN-AM SPYDER F3 TURBO

BACA: TRIKE ELEKTRIK DARI MALTA – CAS 5 MINIT, JARAK 500KM

Tidak menggunakan enjin motosikal, Vanderhall sebaliknya memasang enjin turbo 1.4 liter yang diambil daripada GM berkuasa 200hp. Kuasa enjin itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear sequential enam kelajuan.

vanderhall-venice-mekanika-1

Sebelum ini, Vanderhall ada menawarkan model Laguna yang berharga bawah AS$50,000 (RM224,100) untuk model asas. AS$58,500 (RM262,200) bagi versi Sport Premium atau AS$77,000 (RM345,110) seunit untuk edisi Bespoke yang sudahpun habis dijual.

Dibina di atas blok yang sama dengan Laguna, Venice bagaimanapun tidak lagi menggunakan kerangka gentian karbon. Jadi, kosnya lebih efektif dan membolehkan Venice ditawarkan pada harga cuma AS$29,950 (RM134,250) seunit.

vanderhall-venice-mekanika-4

Dengan potongan harga yang banyak itu, pilihan warna dan peralatan pada Venice tidaklah semewah Laguna. Ia kini hadir dalam tiga warna iaitu putih mutiara, hitam atau kelabu metalik.

Antara ciri standard yang ada termasuklah upsholsteri sintetik V-Tex, sistem bunyi berkuasa 600 watt, stereng kayu dan rim bersaiz 18 inci. Penghantaran pertama Venice dijadual bermula pada suku pertama 2017.

Google ads
Back to top button