
RENAULT AUSTRAL 2025 TAMPIL LEGIH ELEGAN DAN KEMAS
Ketika dilancarkan pada 2022, Renault Austral ialah SUV yang unik. Padat di luar, luas dan modular di dalam, ia adalah kenderaan paling serba boleh yang terdapat dalam segmen C. Diposisikan bersama Renault Rafale, ia menyokong cabang hibrid rangkaian Renault untuk turut serta dalam segmen C dan D yang diumumkan dalam Pelan Strategik Renaulution sebelum ini.
Dan kini sudah sampai masanya untuk Renault memberikan kemas kini baharu terhadap model Austral ini agar tampil dengan imej yang lebih elegan dan kontemporari melibatkan perubahan sepenuhnya pada bahagian muka hadapan. Isyarat bahasa reka bentuk baharu Renault boleh dilihat pada kebanyakan ciri badan, memberikan rupa keseluruhan yang serupa dengan Renault Rafale.

Perubahan besar telah dibuat pada reka bentuk luaran Renault Austral Baharu. Bonet, bampar dan gril baharu mendapat lebih ciri, dengan cara yang sama seperti pada Rafale. Mencerminkan isyarat reka bentuk baharu jenama itu, bampar menampilkan berlian 3D timbul kecil yang bertaburan di sekitar bahagian tengah logo. Ketepatan butiran ini dipadankan dengan reka bentuk berteknologi tinggi lampu hadapan dan belakang baharu. Memang jauh lebih cantik ketika ianya mula diperkenalkan dahulu.
Bahagian belakang juga turut diberikan kemasan baharu agar tampil lebih elegan dan tidak terlalu serabut seperti model sebelumnya dengan perubahan pada bahagian atas dan tengah pintu belakang.

Tidak hanya bahagian luaran, bahagian kabin turut menerima kemasan baharu dengan tempat duduk hadapan menerima sokongan sisi dan bahu yang lebih baik serta penggunaan upholsteri baharu termasuklah fabrik kitar semula “Egée” yang terdapat pada trim Techno.
Bahagian kabin turut menampilkan skrin berkembar OpenR yang menggabungkan panel instrumen digital 12.3 inci dengan skrin multimedia 12 inci.

Renault Austral ini menggunakan trenkuasa E-Tech 200 hp hibrid penuh terdiri daripada enjin petrol pengecas turbo 3 silinder 1.2 liter yang menghasilkan 130 HP (96 kW) dengan tork 205 Nm, serta dua motor elektrik.
Ciri keselamtan moden meliputi ADAS level 2 meliputi Active Emergency Braking System (AEBS danAEB) / Blind Spot Warning (BSW) Lane Keeping Assist (LKA) / Lane Departure Warning (LDW) / Lane Change Warning (LCW) / Driver Attention Alert (DAA) dan juga Adaptive Cruise Control (ACC).
Renault Austral baharu tersedia dalam tiga peringkat kemasan: Techno, Techno Esprit Alpine dan ikonik Esprit Alpine. Masih dibina di kilang Palencia (Sepanyol), Renault Austral Baharu akan tersedia di UK pada separuh kedua 2025.
BACA : RENAULT RAFALE – SUV COUPE SEBAGAI MODEL FLAGSHIP TERKINI DARIPADA RENAULT
BACA : RENAULT SYMBIOZ – AHLI KELUARGA SUV TERBAHARU DARIPADA RENAULT

