
SKODA ELROQ RS MULA DIPERKENALKAN. MODEL PALING LAJU UNTUK SKODA SETAKAT INI
Škoda Auto melancarkan model rangkaian teratas RS selepas beberapa bulan sahaja memperkenalkan model SUV elektrik pertama mereka, Skoda Elroq yang semakin popular masa kini. Model Skoda Elroq RS ini ditayangkan secara digital terlebih dahulu sebelum ditayangkan secara rasmi pada Milan Design Week 2025 8 hingga 13 April nanti.
Versi teratas untuk SUV elektrik keluaran Skoda ini adalah merupakan sebuah model pengeluaran Škoda pertama yang melaksanakan sepenuhnya bahasa reka bentuk Modern Solid yang baharu.

Ini merupakan ahli keluarga RS terbaharu di kalangan model sedia ada yang mempunyai dua motor mampu menjana kuasa sehingga sehingga 250 kW dan dilengkapi dengan pacuan semua roda. Model Skoda Elroq RS ini mampu memecut dari 0 hingga ke 100 km/j hanya dalam tempoh 5.4 saat sahaja sekali gus menjadikan ianya sebuah model terpantas daripada Skoda setakat ini dengan kelajuan maksima adalah 180 km/j.
Bateri voltan tinggi mempunyai kapasiti 84 kWj (79 kWj bersih), membolehkan julat elektrik maksimum melebihi 550 kilometer pada kitaran WLTP. Kadar pengecasan sehingga 185 kW di stesen pengecas pantas DC membolehkan bateri mengecas semula daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa sekitar 26 minit. Pengecasan AC pada 11 kW mengambil bateri daripada 0 hingga 100 peratus dalam lapan jam.

Butiran luaran berwarna hitam dan rim aloi eksklusif sehingga bersaiz 21 inci menggariskan penampilan dinamik model ini. Casis yang sport dan stereng progresif menjadikan dinamik pemanduan yang sangat baik dalam apa jua keadaan. Peralatan standard termasuklah lampu hadapan pancaran Matrix LED dan juga lampu belakang LED dengan penunjuk dinamik.
Tempat duduk pemandu boleh laras elektrik dengan fungsi urutan juga disertakan sebagai standard. Ia tersedia untuk penumpang hadapan sebagai sebahagian daripada pilihan Maxx Package.
Seperti semua model Elroq, varian RS menampilkan ciri Tech-Deck Face hitam berkilat tinggi baharu yang mengandungi pelbagai deria untuk kenderaan, termasuklah radar.

Berbanding ciri standard untuk sebuah model Elroq, varian RS ini menampilkan rupa bentuk yang lebih rendah dan sporty, dengan penggunaan sistem suspensi sport yang diturunkan sebanyak 15 mm di hadapan dan 10 mm di belakang. Talaan baharu untuk sistem stereng juga diberikan penekanan dengan juga terdapat Mod Pemanduan boleh dipilih pemandu.
Selain daripada itu, sistem brek dengan angkup dua piston yang lebih berkuasa turut digunakan terhadap model yang cukup berprestasi tinggi ini. Dua bunyi luaran, Sport dan Futuristic, boleh dipilih melalui menu sistem infohiburan bersaiz 13 inci.
BACA : SKODA ELROQ – SUV EV PERTAMA DARI SKODA DENGAN KEUPAYAAN BERGERAK SEHINGGA 560 KM!
BACA : SKODA KODIAQ vRS BAHARU TIBA DI UK – MODEL FLAGSHIP YANG LEBIH BERKUASA


