Buletin

RENAULT RAFALE – SUV COUPE SEBAGAI MODEL FLAGSHIP TERKINI DARIPADA RENAULT

Renault mungkin sudah dikira berjaya penaklukan kenderaan segmen C melalui model seperti Megane E-Tech (model EV sepenuhnya) dan juga Arkana E-Tech (model hibrid sepenuhnya) hasil daripada program Renaulution. Kini mereka bersedia untuk menawan dalam dalam segmen D pula. Dan inilah dia pencabar baharu, Renault Rafale.

Renault Rafale ini adalah sebuah model SUV Coupe yang kelihatan cukup menawan, suatu resepi yang perlu ada apatah lagi model ini perlu bersaing dengan beberapa model SUV Coupe jenama Eropah terkemuka yang lain. Perkataan Rafale ini sendiri berasal daripada Perancis yang membawa maksud tenaga semula jadi, angin.

Renault Rafale ini telah dibina berdasarkan pelantar CMF-CD terkini hasil daripada kerjasama Renault – Nissan. Rekaan luarannya direka hanya dengan bermula dengan kertas kosong. Ianya satu rekaan yang cukup berani dan tidak pernah dihasilkan oleh Renault sebelum ini.

Bahagian gril yang direka baharu ini dengan ciri buruj berlian kecil yang bersusun dalam ruangan tiga dimensi menampilkan identiti Renault bersama dengan rekaan lampu utama yang mula diperkenalkan sewaktu pengenalan model Renault Clio E-Tech.

Dan di bahagian bawah bampar terdapat rekaan skid plate bagi menampilkan sedikit imej rugged terhadap SUV Coupe ini. Bahagian badan model ini jelas kelihatan berketak sana sini, memberikan imej yang lebih sasa.

Terima kasih kepada jarak titik roda yang panjang, 2.74 meter bagi memberikan laluan kepada garisan bumbung yang melengkung dengan sempurna tanpa melibatkan kompromi ruang lega kepala penumpang di belakang.

Melengkapkan penampilan luaran adalah warna baharu yang pertama kali diperkenalkan, Alpine Blue yang cukup sinonim dengan model Alpine A110. Warna White Pearl turut ditawarkan sebagai pilihan kepada pengguna.

Trenkuasa bagi model ini menggunapakai E-Tech Full Hybrid 200hp, sama seperti yang digunakan oleh model Renault Austral. Ianya adalah gandingan enjin petrol 1.2 liter turbocaj dan juga dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan 200 hp. Ianya digandingkan dengan transmisi jenis dog box.

Dan untuk mereka yang mahukan lebih kuasa, varian dengan trenkuasa E-Tech 4×4 300hp turut bakal ditawarkan kelak. Dengan kuasa yang lebih serta keseronokan pemanduan ala pacuan empat roda, sudah pasti ianya bakal menjadi pilihan yang tepat buat mereka menggemarinya.

Bahagian kabin Renault Rafale ini kini dilengkapi dengan bumbung kaca panorama sepenuhnya daripada Solarbay yang mana ianya boleh dikawal kadar kegelapannya bagi mengelapkan panas dan silau ketika memandu siang hari. Manakala tempat duduk sporty yang dibaluti upholsteri Alcantara mewah turut dilengkapi dengan sulaman logo A.

Tiada pengumuman harga dibuat tetapi ianya dijangka dijual pada aras £40,000 (RM237,828).

BACA : RENAULT TRIBER, SUV KECIL 7 TEMPAT DUDUK (PENDEK DARIPADA PERODUA BEZZA)

BACA : SUV BAHARU RENAULT KOLEOS DILANCAR, 2.5L 171PS, RM172,800

Google ads

B K

Back to top button