Buletin

RENAULT KARDIAN - SUV KOMPAK BAHARU UNTUK PASARAN GLOBAL

Renault telah bersedia untuk menawan dunia SUV segmen B dengan pengenalan model baharu, Renault Kardian. Pengenalan SUV kompak serba baharu ini turut hadir dengan identiti baharu Kumpulan Renault bagi model model mereka di masa hadapan.

Pelancaran Renault Kardian ini menandakan satu lagi langkah dalam pelan strategik Renaulution – permulaan fasa Renovation dalam pasaran antarabangsa mereka. Model serba baharu ini adalah yang pertama dalam rangkaian kenderaan dengan tumpuan antarabangsa, menggambarkan strategi baharu jenama itu khusus untuk pasaran bukan Eropah.

Dibangunkan selaras dengan jangkaan pasaran dan dengan kerjasama rapat dengan pasukan yang berpangkalan di negara di mana Renault mempunyai kehadiran lama dan pasukan di Technocentre, model ini akan mula dijual di Amerika Latin sebelum tiba di pasaran bukan Eropah yang lain.

Rekaan badan Renault Kardian ini menggabungkan garisan yang dipahat dengan bentuk bulat, menggabungkan elemen utama identiti visual baharu jenama dari Perancis ini. Perkadaran optimumnya, dimungkinkan oleh jarak roda 2.6 meter, memberikannya imbasan ianya sebuah SUV yang kompak.

Berukuran 4.12 meter panjang, 1.75 meter lebar dan 1.54 meter tinggi, Renault Kardian ini pastinya menjadi pilihan buat mereka yang inginkan sebuah SUV bandar. Menggunakan rim bersaiz 17 inci menyerlahkan lagi rupa luaran Renault Kardian ini.

Menggunakan rhombus sebagai tema identiti baharu, gril Renault Kardian ini menggunakan rekaan berlian 3D yang dibentuk daripada rekaan rhombus yang kecil dan banyak serta diserlahkan kilauannya dengan latar belakang berwarna hitam berkilat.

Seiring dengan identiti baharu Renault, pengenalan lampu utama turut diperkenalkan dengan dua modul pada setiap sisi. Modul atas menyusun lampu nyalaan siang (DRL) LED dan penunjuk dalam jalur yang sangat nipis untuk rupa yang dipahat dan moden. Modul yang lebih rendah menampilkan lampu depan jenis LED kesemua untuk keselesaan pemanduan yang dipertingkatkan, memberikan Renault Kardian rupa yang unik.

Bahagian kabin menampilan paparan meter kluster digital bersaiz 7 inci untuk memaparkan info penting kepada serta mempunyai tetapan lampu ambien untuk keselesaan pemanduan. Skrin infohiburan bersaiz 8 inci juga tersedia di tengah konsol dengan ketersambungan Android Auto dan juga Apple Car Play.

Lain lain ciri keselamatan dan keselesaan termasuklah sistem ADAS, enam beg udara dan juga ESC sebagai ciri standard untuk Renault Kardian ini.

Renault Kardian akan dilancarkan di Brazil dengan enjin suntikan terus pengecas turbo tiga silinder 1.0 liter baharu yang menghasilkan kuasa 125 hp (92 kW) dan tork 220 Nm. Enjin ini akan digandingkan dengan transmisi automatik Efficient Dual Clutch (EDC) untuk keseronokan pemanduan yang optimum tanpa kehilangan kuasa tujahan ketika penukaran gear dilakukan.

Selain daripada pasaran Bukan Eropah, khabarnya model ini juga mungkin bakal dipasarkan di India serta beberapa negara Asia yang lain.

BACA : RENAULT RAFALE – SUV COUPE SEBAGAI MODEL FLAGSHIP TERKINI DARIPADA RENAULT

BACA : RENAULT CAPTUR 2020 – SUV SEGAK SEGMEN B

Google ads

B K

Back to top button