Buletin

RENAULT NIAGARA - TRAK PIKAP KONSEP YANG KELIHATAN RANGGI

Renault mungkin tidak dikenali sebagai pengeluar trak pikap yang handal. Bukan forte mereka untuk mengambil bahagian secara serius. Tapi Renault telah memperkenalkan Renault Niagara, sebuah model konsep yang mungkin boleh dijelmakan sebagai model produksi massa nanti.

Dengan pengenalan model konsep Niagara, jenama yang berasal dari Perancis itu mengambil langkah baharu dalam sejarah antarabangsa Renault dengan membawa idea baharu dan moden. Terima kasih kepada personaliti yang sangat kuat, garisan yang meriah dan juga moden, konsep ini merupakan gambaran sekilas kepada gaya rangkaian Renault masa depan yang akan dibina berdasarkan pelantar modular yang baharu daripada Kumpulan Renault.

Renault Niagara ini kelihatan lasak dan kuat, canggih dan pada masa yang sama sarat dengan teknologi. Ia menarik anda untuk mengembara tanpa had di masa hadapan. Jelas dilihat bahagian gril kelihatan kukuh tetapi dalam masa yang sama masih dilihat cukup kontemporari.

Ia diukir seperti badan mineral dengan kesan 3D yang unik. Huruf yang membentuk nama Renault mempunyai kemasan pixel-art. Susunan lampu depan berbentuk kening meriah, ekspresif dan pastinya berteknologi tinggi.

Sebagai sebuah trak pikap yang kelihatan ranggi seolah mahu menempuh apa juga medan laluan yang ekstrem, sudah tentu penggunaan skid plate pada bahagian hadapan akan membantu untuk Renault Niagara ini melepasinya tanpa sebarang masalah.

Dan penampilan trak pikap konsep ini mungkin kelihatan agak ekstrem untuk sebuah model produkssi massa, namun itulah yang dilakukan Renault. Ianya mempunyai garisan bumbung yang condong serta pilar belakang yang juga sedikt condong memberikan imej dan gaya yang lebih sporty.

Penggunaan rak bumbung mengoptimumkan penggunaan ruang yang ada untuk meletakkan lagi tayar ganti ketiga sementelah dua tayar gantian disusun di bahagian dek belakang. Kalau tengok gaya, dah rupa macam nak ikut serta perlumbaan lasak Rali Dakar pula.

Sudah tentu penggunaan imej penyamaran yang diilhamkan daripada garisan, corak serta warna rasmi daripada Renault menyerlahkan lagi rupa luaran model konsep ini.

Renault Niagara konsep yang dibina di atas pelantar ultra-fleksibel Kumpulan Renault yang baharu serta mampu memberikan keselesaan pemanduan luar biasa. Trenkuasa model ini menggunakan teknologi E-Tech Hybrid 4WD; hibrid ringan (48V) di hadapan serta motor elektrik tambahan di belakang.

Hasilnya, Renault Niagara adalah merupakan model 4WD yang dioptimakan di laluan off-road. Ia mampu mengendalikan separuh daripada pemacu harian anda dalam mod elektrik penuh, sekali gus mengurangkan pencemaran emisi C02.

BACA : RENAULT DEDAH TRAK PIKAP ALASKAN

BACA : PIKAP MERCEDES TAK LAKU. PENGELUARAN BAKAL DIHENTIKAN

Google ads

B K

Back to top button