
ADAKAH LAMPU DEPAN “POP-UP” BOLEH DIHASILKAN SEMULA?
Apabila Mazda menghasilkan model konsep Mazda Iconic SP Concept di Tokyo Mobility Show semalam, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai ialah penggunaan lampu DRL. Tapi yang menariknya ialah lampu DRL ini akan muncul secara “pop up” dari permukaan kereta sama seperti yang digunakan oleh Mazda Miata generasi pertama.
Apabila digabungkan dengan rekaan luar Mazda Iconic SP yang melarus dan sporti seperti kereta sport zaman dahulu, penggunaan lampu DRL LED pop-up ini sangat kena dengan konsep keseluruhan kereta pengganti Miata ini.
Tapi persoalan yang paling penting sekarang ialah, adakah aspek ini boleh dihasilkan (feasible) untuk produksi besar-besaran dan digunakan dalam kehidupan seharian?
Jawapan pendek kepada persoalan di atas ialah, BOLEH tapi dengan syarat pengeluar kenderaan mesti mematuhi semua regulasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dimana kereta tersebut akan dijual.
Sebagai contoh National Highway Traffic Safety Administration’s Standard No. 108 menetapkan bahawa, “sekiranya berlaku kegagalan komponen yang mengawal dan menyediakan kuasa pembukaan lampu pop up, semua lampu mesti boleh dibuka oleh pemandu tanpa memerlukan sebarang peralatan khas. Lampu tersebut mesti boleh dibuka sepanjang masa sehinggalah pemandu menutupnya semula”
Maksudnya ialah, sekiranya lampu pop up gagal dibuka dengan menggunakan motor elektrik maka pemandu boleh membukanya semula tanpa sebarang alat. NHTSA berpegang bahawa memandu pada waktu malam dengan lampu yang rosak adalah sangat berisiko tinggi
Isu kedua yang menjadi halangan kepada pembangunan lampu pop up ialah peraturan keselamatan yang terkini, dan mementingkan keselamatan pejalan kaki. Peraturan ini menetapkan bahawa pengeluar mesti menghasilkan rekaan yang selamat dan meminimakan kecederaan pada pejalan kaki sekiranya mereka dilanggar kereta
Bayangkan jika pejalan kaki dilanggar dengan kereta lampu pop up yang direka dengan beberapa komponen yang tajam terutama di bahagian lampu pop up dan mendatangkan kecederaan yang teruk.
2 isu ini menyebabkan pengeluar memutuskan adalah tidak berbaloi bagi mereka untuk terus membangunkan lampu pop up pada kereta zaman moden. Tapi sekiranya lampu ini ingin dihasilkan semula, beberapa aspek keselamatan dan rekaan perlu diubah semula.
Pertama pengeluar boleh menjadikan lampu pop up ini sekiranya gagal untuk berfungsi atau mana mana komponennya akan gagal, ia perlu gagal dalam keadaan failed safe. Sebagai contoh, ia perlu berada dalam keadaan terbuka apabila ia akan gagal.
Kedua, lampu pop up ini mesti tidak mendatangkan kecederaan pada pejalan kaki sekiranya terlibat dalam kemalangan. Mungkin rekaan yang tajam perlu digantikan dengan rekaan yang lebih selamat dan ketika kemalangan berlaku lampu pop up mesti menjadi collapsible seperti steering column.
Tapi bagi memastikan semua aspek di atas berjalan lancar, pengeluar harus mengeluarkan kos bagi menilai dan menguji komponen ini agar memenuhi segala aspek keselamatan. Kos R&D ini sebenarnya tidak murah untuk dibelanjakan.
Jadi untuk memastikan lampu pop up berjaya digunakan kembali maka aspek rekaan, keselamatan dan juga duit yang banyak perlu dibelanjakan untuk merealisasikan impian ini semula.

